Harian Metro

Kobanas untung sebelum cukai dan zakat RM2.355j

- Oleh Mary Victoria Dass am@hmetro.com.my

Produk minuman coklat berkhasiat, BF Slimmy Chocolate With Oat Flakes yang menjadi pembekal tenaga seharian, sekali gus membantu mengekalka­n berat badan ideal diyakini dapat menembusi pasaran seluruh negara sebelum akhir tahun ini.

Pengasasny­a, Zainora Mohd berkata, minuman yang menggabung­kan kelazatan, khasiat dan tenaga mampu membantu pelbagai peringkat umur untuk tampil aktif dan ceria sepanjang hari.

Menurutnya, produk berkenaan mengandung­i pelbagai bahan semula jadi termasuk bijirin, kurma, madu, buih zaitun, habbatus sauda, vitamin C, badam dan serbuk koko.

Menurutnya, hidangan minuman coklat itu mudah dibancuh dan sesuai diminum pada bila-bila masa.

Katanya, dia dan rakan kongsinya menjadi testimoni pertama produk berkenaan dan berjaya mencapai berat badan seimbang mengikut Jisim Indeks Tubuh (BMI) masing-masing.

“Hanya dalam tempoh empat bulan, saya mampu menurunkan berat badan sehingga 10 kilogram dengan mengamalka­n diet seimbang dan sudah tentu BF Slimmy Chocolate With Oat Flakes pengganti salah satu hidangan harian.

“Bagaimanap­un, bagi setiap individu, tempoh bagi mencapai berat ideal adalah berbeza kerana ia bergantung kepada metabolism­a tubuh masing-masing,” katanya.

Sementara itu, rakan kongsinya, Shakirah Mohd Rashid berkata, dia dan rakannya yakin penjualan produk akan mendapat lebih sambutan secara dalam talian. Menurutnya, bergelar suri rumah yang sentiasa sibuk dengan pelbagai urusan keluarga tidak menghalang dia dan rakannya untuk berganding bahu mencipta produk minuman coklat berkhasiat pada Februari lalu.

Ia berikutan dia dan rakannya turut memiliki berat badan berlebihan dan pada masa sama mereka juga ingin membantu keluarga menambah pendapatan.

Katanya, salah suatu caranya adalah dengan menghasilk­an produk minuman berkhasiat, sekali gus membantu individu mengekalka­n berat badan ideal.

Setiap kotak BF Slimmy mengandung­i 10 peket berisi serbuk minuman coklat berkenaan dan ia juga memiliki pensijilan Amalan Pengilanga­n Baik (GMP) dan kelulusan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM).

“Sehingga kini kami berjaya menjual lebih 300 kotak minuman dan yakin sebelum hujung tahun mampu mencecah angka melebihi 1,000 kotak,” katanya.

“Produk dihasilkan mengandung­i pelbagai bahan semula jadi Zainora

Kuala Lumpur: Koperasi kakitangan Bank Simpanan Nasional Berhad (Kobanas) mencatatka­n keuntungan sebelum cukai dan zakat sebanyak RM2.355 juta bagi tahun kewangan 2021, berbanding RM3.254 juta tahun sebelumnya.

Pengerusin­ya Hamzah Ibrahim berkata, pihaknya bersyukur kerana masih berupaya meraih keuntungan pada 2021 meskipun ada penurunan berikutan pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

“Ini adalah tahun ke-22 berturut-turut Kobanas memperoleh keuntungan sejak 2000.

“Kami juga berjaya membayar dividen kepada anggota selama 17 tahun berturut-turut,” katanya dalam kenyataan, selepas Mesyuarat Agung Perwakilan Kobanas ke-29, baru-baru ini.

Kobanas berjaya mengekalka­n kedudukann­ya dalam 100 koperasi terbaik seluruh Malaysia.

Dalam pada itu, bersempena mesyuarat agungnya pada tahun ini Kobanas juga merasmikan aplikasi yang dinamakan ekoba.

Menyahut cabaran digitalisa­si, ia adalah sumbangan Kobanas kepada ahlinya untuk mendapatka­n informasi dengan pantas dan melaksanak­an sebarang urusan berkenaan kemudahan yang disediakan hanya di hujung jari.

 ?? ?? ZAINORA (kanan) dan Shakirah menunjukka­n produk minuman coklat berkhasiat yang dipasarkan. - Gambar NSTP/MARY VICTORIA DASS
ZAINORA (kanan) dan Shakirah menunjukka­n produk minuman coklat berkhasiat yang dipasarkan. - Gambar NSTP/MARY VICTORIA DASS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia