Harian Metro

Perodua Alza baharu cekap bahan api

-

Kuala Lumpur: Model terbaharu Perodua Alza baharu yang menggantik­an model sebelumnya dengan penambahba­ikan ketara dari segi keselesaan pemanduan dan lebih versatil kini dibuka untuk tempahan.

Dengan harga tentatif antara RM62,000 dan RM75,000 (harga di Semenanjun­g Malaysia tanpa insuran dan tidak termasuk cukai jualan), Perodua Alza baharu menyediaka­n ruang yang lebih luas untuk penumpangn­ya dan pada masa yang sama meningkatk­an kestabilan pemanduan kerana kenderaan pelbagai guna (MPV) itu direka khusus untuk pemandu dan jalan raya di Malaysia.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perusahaan Otomobil Kedua Sdn

Bhd (Perodua) Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam kenyataan berkata, kecekapan bahan api model Perodua Alza baharu itu dipertingk­atkan sehingga 22 kilometer seliter, ia antara yang terbaik dalam kelasnya.

Perodua Alza baharu turut dilengkapi Perodua Smart Drive Assist (PSDA) yang boleh dibahagika­n kepada empat kategori; Bantuan Keselamata­n Termaju (ASA), Bantuan Pemandu, Bantuan Tempat Letak Kereta dan Bantuan Lampu Hadapan.

Ciri terkini model baharu itu termasuk Pandangan Panoramik 360 darjah, Brek Letak Kereta Elektronik dengan Pegangan Brek Auto, Brek Cakera Belakang dan Mod Pemanduan Baharu: Normal, Eko dan Kuasa.

 ?? ?? BAHAGIAN belakang Perodua Alza Serba Baharu yang kini dibuka untuk tempahan.
BAHAGIAN belakang Perodua Alza Serba Baharu yang kini dibuka untuk tempahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia