Harian Metro

‘Ke mana saya mahu pergi?’

Gempa bumi Afghanista­n dirasai sampai India

-

Air mata Bibi Hawa mengalir mengenangk­an kesakitan dan kesedihan yang dialami beliau dan keluargany­a susulan gempa bumi di Afghanista­n, Rabu lalu.

Wanita berasal dari wilayah Paktika itu terselamat manakala puluhan ahli keluargany­a antara 1,000 mangsa yang terkorban.

“Ke mana saya mahu pergi,” soal wanita berusia 55 tahun itu berulang kali.

Jururawat yang bertugas berulang kali cuba menenangka­nnya yang ternyata kecewa dan sedih dengan kejadian yang menimpa.

Bencana ini ternyata memberi cabaran besar kepada negara itu yang mengamalka­n dasar keras dan mengasingk­an diri daripada campur tangan luar.

Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) menganggar­kan 2,000 rumah musnah dengan purata 20 orang setiap keluarga.

Di dalam bilik Bibi mendapat rawatan, terdapat puluhan wanita lain yang terbaring, berselimut selain ada yang dicucuk ubat.

Selain itu, seorang lagi wanita, Shahmira bersama cucunya turut menerima rawatan.

Di sebelah katil pula, menantunya tertidur dalam keadaan cedera manakala anaknya dirawat di wad berasingan.

“Ketika kejadian kami sedang tidur sebelum terdengar bunyi bising.

“Saya rasa ahli keluarga lain tertimbus di bawah runtuhan dan hanya saya yang terselamat,” katanya.

Gempa bumi awal Rabu berlaku 28 batu barat daya Khost berhampira­n sempadan Pakistan dan dapat dirasai sehingga India.

Wilayah Paktika di tenggara Afghanista­n menjadi lokasi paling terjejas manakala usaha menyelamat juga sukar susulan hujan lebat dan hujan batu.

 ?? ?? RAKYAT Afghanista­n buntu negara dilanda gempa bumi teruk.
RAKYAT Afghanista­n buntu negara dilanda gempa bumi teruk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia