Harian Metro

Terpaksa tidur bertopeng angkara jiran

-

West Port: Seorang wanita di New Zealand mendakwa sukar bernafas dan terpaksa memakai topeng muka gas setiap malam.

Ini kerana jirannya membakar arang batu sehingga menyebabka­n dia sukar bernafas.

Svetlana bersama suaminya Brian Cohen berpindah ke kawasan itu hujung tahun lalu dan menetap di dalam sebuah karavan.

Namun, impian mereka untuk membina sebuah rumah musnah apabila ada jiran yang membakar arang batu.

“Pekan kecil ini ibarat ruang yang dipenuhi gas kerana setiap kali keluar kami akan menghidup gas beracun itu,” katanya seperti dilaporkan portal stuff.co.nz.

Cohen ada menghantar mesej kepada jirannya agar menghentik­an pembakaran arang batu kerana ia memberi kesan kepada kesihatan isterinya.

Namun, selepas dua hari, jirannya kembali membakar bahan berkenaan menyebabka­n mereka kecewa.

Pasangan itu juga sudah melaporkan masalah ini kepada pihak berkuasa tempatan dan agensi kesihatan namun tidak mendapat sebarang maklum balas. - Agensi

 ?? ?? SVETLANA terpaksa memakai topeng setiap malam selepas tidak selesa akibat pembakaran arang batu oleh jirannya.
SVETLANA terpaksa memakai topeng setiap malam selepas tidak selesa akibat pembakaran arang batu oleh jirannya.
 ?? ?? ORANG ramai yang terjejas akibat banjir beratur panjang untuk mendapatka­n bantuan makanan di Sunamganj, Bangladesh. - AFP
ORANG ramai yang terjejas akibat banjir beratur panjang untuk mendapatka­n bantuan makanan di Sunamganj, Bangladesh. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia