Harian Metro

Monyet bunuh bayi

Wanita akur anak berusia setahun mati selepas dilarikan monyet

-

Sekumpulan monyet liar menyerang seorang wanita dan melarikan bayinya di Tanzania, pada Rabu.

Lebih menyayat hati, bayi malang itu kemudianny­a ditemui dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi lelaki berusia setahun itu berada dalam dakapan ibunya ketika haiwan itu menyerang masuk ke dalam rumah.

Rumah mangsa terletak sebuah perkampung­an di Mwamgongo yang terletak di Taman Negara Gambe.

Namun monyet yang menyerang mangsa belum dikenal pasti pihak berkuasa hidupan liar negara itu.

Komandan Wilayah Kigoma, James Manyama berkata, bayi lelaki itu disahkan meninggal dunia selepas sekumpulan penduduk berusaha mencarinya.

“Ibu bayi itu menjerit meminta pertolonga­n sebelum sekumpulan penduduk bergegas ke rumahnya.

“Monyet itu memang agresif dan bayi terbabit maut kerana mengalami kecederaan di kepala dan leher,” katanya.

Polis juga mengingatk­an penduduk agar lebih berwaspada khususnya mereka yang tinggal berhampira­n taman negara.

Kejadian serangan haiwan liar sering terjadi di taman negara itu antaranya gajah yang merosakkan tanaman sehingga meragut nyawa beberapa penduduk.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia