Harian Metro

Juruterban­g jelita berjaya selamat 185 nyawa

-

New Delhi: Bukan hanya cantik, malah juruterban­g wanita India ini dipuji kerana keberanian dan kecekapann­ya mengendali­kan pesawat hingga menyelamat­kan 185 nyawa.

Monica Khanna membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Patna apabila satu daripada enjin pesawat terbakar sebaik sahaja pesawat SpiceJet Boeing 737 itu berlepas dari Patna, Ahad lalu.

Pesawat itu dilaporkan menuju ke ibu negara bersama 185 penumpang.

Ketua Operasi Penerbanga­n SpiceJet, Gurcharan Arora berkata, Monica membuat tindakan pantas dengan mematikan enjin yang terjejas sebelum berjaya membuat pendaratan tanpa sebarang kecederaan.

“Kapten Monica Khanna dan pegawai pertama Balpreet Singh Bhatia tenang dan berjaya mengendali­kan keadaan dan pesawat dengan baik ketika kejadian itu berlaku.

“Mereka adalah pegawai yang berpengala­man dan kami berbangga dengan mereka,” katanya memetik laporan ANI seperti dipetik portal DNA India.

Saksi kejadian berkata, api dalam enjin pesawat itu padam ketika ia menghampir­i landasan.

Selepas mendarat dengan selamat, wakil syarikat penerbanga­n dan pegawai lapangan terbang menyambut Kapten Monica dengan tepukan.

Menurut jurutera, bilah kipas dan enjin rosak akibat dilanggar burung.

Sementara itu, Direktorat Jeneral Penerbanga­n Awam (DGCA) akan menyiasat lebih lanjut insiden berkenaan.

Berdasarka­n beberapa laporan, Monica ialah juruterban­g yang berkelayak­an tinggi di Spicejet Limited.

 ?? ?? MONICA berjaya membuat pendaratan cemas selepas enjin pesawat terbakar sebaik sahaja berlepas dari Patna.
MONICA berjaya membuat pendaratan cemas selepas enjin pesawat terbakar sebaik sahaja berlepas dari Patna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia