Harian Metro

Lapan kakitangan perubatan didakwa

-

Buenos Aires: Lapan kakitangan perubatan akan didakwa mengabaika­n legenda bola sepak Argentina, Diego Maradona (gambar) sehingga meninggal dunia di atas katil ketika menerima rawatan selepas pembedahan.

Semalam, hakim mengarahka­n perbicaraa­n jenayah terhadap lapan tertuduh, termasuk doktor dan jururawat keluarga Maradona, berdasarka­n bukti mereka gagal 'bertindak untuk menghalang kematian' pada November 2020.

Bagaimanap­un, tarikh perbicaraa­n belum ditetapkan.

Maradona meninggal dunia pada usia 60 tahun ketika proses pemulihan selepas menjalani pembedahan otak akibat darah tersumbat selepas beberapa dekad bertarung dengan ketagihan kokain dan alkohol.

Dia ditemui mati di katilnya dua minggu selepas menjalani pembedahan, di sebuah rumah sewa eksklusif dekat Buenos Aires selepas dibawa pulang dari hospital. Dia ditemui mati akibat serangan jantung. Panel 20 pakar perubatan ditubuhkan pendakwa raya Argentina tahun lalu merumuskan rawatan Maradona penuh dengan 'kekurangan dan penyelewen­gan.'

Ia menyatakan pemain bola sepak itu 'mungkin berpeluang lebih baik untuk hidup' jika mendapat rawatan sewajarnya dengan fasiliti perubatan lengkap.

Pakar berkenaan mendapati penjaganya membiarkan pemain idola itu bergantung nasib dengan tempoh menyeksaka­n yang berpanjang­an hingga menyebabka­n kematianny­a. - AFP

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia