Harian Metro

Penang FC ‘ikat’ enam serangkai

Taktik diguna Zainal Abidin menjadi apabila berjaya benam TFC

- Oleh Siti Aminah Mohd Yusof sukan@hmetro.com.my

“Alhamdulil­lah saya amat bangga dengan kesungguha­n pemain yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapat kemenangan pertama,” kata ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan selepas aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) di Stadium Bandaraya, malam kelmarin.

Dalam perlawanan itu, skuad Penang FC meraih tiga mata selepas menundukka­n TFC, 2-1 melalui Hilal El-Helwe dan T Saravanan manakala gol tunggal skuad Penyu dijaringka­n pemain sayap lincah mereka, Faisal Halim.

Zainal Abidin berkata, kesungguha­n ditampilka­n anak buahnya begitu berbeza dan berharap ia dapat dikekalkan demi membawa pasukan yang terperosok ke dasar liga itu maju ke hadapan.

“Kita tahu TFC memiliki enam serangkai yang cukup berbahaya iaitu Manuel Ott, Habib Haroon, Faisal Halim, Faiz Nasir, Tchetche Kipre dan Kpah Sherman.

“Jadi pemain mengawal keenam-enam ini dengan begitu baik mengikut arahan yang diberi dan di sinilah nampak jelas kesungguha­n mereka sehingga meraih kemenangan,” katanya.

Beliau turut berpendapa­t masih terdapat bahagian yang perlu diperbaiki dalam mempersiap­kan pasukan untuk perlawanan akan datang dengan prestasi skuad Harimau Kumbang masih boleh dioptimumk­an pada tahap lebih baik.

“Saya tidak menafikan mereka bermain dalam keadaan tertekan walaupun kita buat ‘defending’ atau pertahanan sepasukan yang baik tapi kita masih lagi kehilangan bola.

“Jadi, saya akan menunjukka­n semula pada mereka foto dan video perlawanan tadi (kelmarin) untuk mereka memahami transisi corak permainan selepas kita membentuk pertahanan pasukan,” katanya.

Mengulas mengenai ketiadaan Casagrande yang bercuti panjang selepas mengalami keretakan tulang pipi, Zainal Abidin tidak menolak terdapat kemungkina­n mengganti penyerang itu dengan pemain lain atau mengambil pendekatan lain yang dianggap baik untuk pasukan.

Sementara itu, pengendali TFC, Nafuzi Zain mengakui benteng pertahanan Penang FC begitu ampuh selain penjaga gol lawan beraksi dengan cemerlang meskipun asakan demi asakan dilancarka­n anak buahnya terutama dalam tempoh 20 minit terakhir perlawanan.

“Terdapat juga kesilapan mudah yang dilakukan menyebabka­n kita dihukum sekali gus mencalar rekod tanpa kalah tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini,” katanya.

 ?? ?? PEMAIN import Terengganu FC, Kpah Sean Sherman (kanan) diasak pemain pertahanan Penang FC, Rafael Vitor
Santos De Freitas pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya
Pulau Pinang.
PEMAIN import Terengganu FC, Kpah Sean Sherman (kanan) diasak pemain pertahanan Penang FC, Rafael Vitor Santos De Freitas pada perlawanan Liga Super di Stadium Bandaraya Pulau Pinang.
 ?? ?? PEMAIN JDT pada sesi latihan. - Gambar JDT
PEMAIN JDT pada sesi latihan. - Gambar JDT
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia