Harian Metro

JDT waspada kebangkita­n Selangor

-

Johor Bahru: Prestasi Selangor FC yang secara tiba-tiba ‘meletup’ selepas membelasah Sarawak United FC 7-0 pada aksi Ahad lalu bakal mengundang gusar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) seandai ingin kembali melonjak ke tangga teratas liga apabila kedua-dua pasukan bertembung dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam ini.

Yang pasti pengendali JDT, Benjamin Mora harus mencari formula ampuh apabila berdepan skuad kendalian Michael Feichtenbe­iner yang sudah mula menunjukka­n taring selepas menang besar pada aksi liga baru-baru ini, malah pasukan bergelar skuad Gergasi Merah itu ibarat sudah bangkit daripada prestasi tidak menentu pada awal musim.

Jika dinilai prestasi JDT pada dua perlawanan terakhir sebelum saingan liga berehat bagi memberi laluan kepada kelayakan Piala Asia 2023, keputusan perlawanan yang terhasil tidak begitu membanggak­an selepas hanya mampu menang tipis 1-0 ke atas Negeri Sembilan FC pada 11 Mei lalu dan terikat seri 2-2 menentang Pahang FC di laman JDT sendiri.

Mora pastinya mempunyai banyak pilihan untuk menyenarai­kan kesebelasa­n terbaik selepas pemain tengah Natxo Insa yang mengalami kecederaan ketika saingan Liga Juara-Juara Asia, baru-baru ini kembali menjalani latihan malah kelibat Syamer Kutty Abba yang begitu cemerlang bersama Harimau Malaya pada aksi kelayakan Piala Asia 2023 tidak harus diketepika­n.

Apapun, JDT juga harus berwaspada dengan corak permainan Brendan Gan yang kembali menguatkan skuad Gergasi Merah apabila menjadi watak penting kemenangan besar ke atas barisan pemain penolong jurulatih Sarawak United FC, Ahmad Nurfaizal Patrick Abdullah yang mengambil alih tugas B Satianatha­n selepas pengendali berpengala­man terpaksa berehat atas nasihat doktor.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia