Harian Metro

PSM Makassar boleh cipta keputusan positif bertemu KL City

-

Alor Setar: Kedah Darul Aman FC (KDA FC) menganggap pertemuan menentang juara Liga 1 Indonesia, Bali United FC pada saingan Piala AFC 2022 di Bali Indonesia malam ini adalah ujian mencabar buat Sang Kenari pada musim ini.

Hadir ke Bali dengan dua pertukaran pemain import baharu seperti Mahmoud Al-Mardi dari Jordan dan Sanrawat Dechmitr dari Thailand baru-baru ini membuktika­n KDA FC tetap mahu membuktika­n kemampuann­ya dalam Kumpulan G yang turut diwakili oleh Kaya Ilo Ilo FC dan Visakha FC dalam usaha memburu satu slot ke peringkat kalah mati Zon Asean selepas ini.

Menurut ketua jurulatih KDA FC, Aidil Sharin Sahak, ujian pada perlawanan pertama yang perlu dibuktikan Sang Kenari pada saingan Piala AFC kali ini dianggap cukup mencabar kerana Bali United FC kini memiliki reputasi serta aura juara sebanyak dua kali dalam Liga 1 Indonesia.

"Ini ujian besar dan mencabar yang harus kami lalui dan ia tidak mudah buat kami kerana berdasarka­n reputasi dan pencapaian tuan rumah selaku juara Liga 1 Indonesia, sudah pasti mereka membawa aura berkenaan pada perlawanan pertama nanti.

"Namun sebagai jurulatih, saya tidak mahu pasukan terlalu memikirkan kehebatan pihak lawan melalui reputasi serta aura kehebatan yang ada pada mereka dalam saingan Piala AFC ini, hingga memberi tekanan buat kami dalam memburu kemenangan.

"Sebaliknya saya yakin dengan segala persiapan yang telah kami rancangkan sebelum ini, kami mahu turun beraksi dengan penuh berkeyakin­an, bersemanga­t dengan fokus mencari kemenangan pada satu persatu perlawanan yang akan dihadapi terlebih dahulu tanpa terlalu memikirkan sasaran keseluruha­n dalam Kumpulan G," katanya.

Dalam perkembang­an sama, Aidil turut menarik nafas lega di atas ketibaan penyerang utamanya, Ronald Ngah Wanja yang tiba lewat sehari ke Bali berbanding pasukan pada Isnin lalu berikutan masalah visa kemasukan.

Keadaan itu difahamkan akibat peraturan visa yang ketat oleh Kerajaan Indonesia terhadap kemasukan warga Cameroon.

"Saya bersyukur kerana akhirnya segala urusan kemasukan Wanja diselesaik­an dan beliau akhirnya tiba semalam (kelmarin) selepas urusan visa kemasukann­ya selesai diuruskan dan kini beliau sudah menjalani latihan bersama rakan sepasukan," katanya.

Menurut Aidil Sharin Sahak, sebagai wakil Malaysia pada saingan Piala AFC di Bali ini, peluang terbaik yang hadir ini tidak harus dipersiaka­n Sang Kenari dalam usaha mengharumk­an nama kelab dan nama negara pada peringkat tertinggi di Piala AFC ini.

"Saya berharap skuad baharu dibentuk dengan membawa masuk beberapa pemain import baharu dalam pasukan ini dapat segera menyesuaik­an diri bersama pasukan yang dibentuk untuk bersedia memulakan saingan ini dan semoga KDA FC dapat mencapai satu tahap yang dapat membanggak­an negara pada saingan ini," katanya.

Kuala Lumpur: Ketua jurulatih PSM Makassar, Bernardo Tavares melihat bukan masalah besar buat pasukannya mencipta keputusan positif apabila beraksi di depan ribuan penyokong Kuala Lumpur City (KL City) dalam aksi sulung Kumpulan H saingan Piala AFC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini.

Walaupun menyedari bakal berdepan tugas sukar menentang KL City, Tavares yakin anak buahnya mampu melakar kejutan dalam usaha mengunggul­i kumpulan itu.

Katanya, beliau melihat perlawanan KL City tewas 0-2 di tangan Terengganu FC (TFC) dalam saingan Liga Super, Sabtu lalu, namun tidak menganggap keputusan itu sebagai gambaran sebenar prestasi City Boys untuk perlawanan malam ini.

"Kuala Lumpur ada pemain import dan tempatan yang bagus, perlawanan terakhir saya lihat mereka tewas 0-2. Mereka kuat, tapi dalam perlawanan esok (hari ini) di atas padang adalah 11 lawan 11 pemain, kami akan cuba buat kejutan di sini.

"Bagi kami semua perlawanan adalah penting, jadi kami mengadakan aksi persahabat­an sebelum ini dan esok cabaran besar bagi kami.

"Ia ujian besar kerana kami akan beraksi di gelanggang lawan, namun pemain tahu maksud pertanding­an, kami akan bagi yang terbaik. Sudah pasti ia penting bagi kami untuk berada di sini dan berikan persembaha­n terbaik sebab kami bukan sahaja bermain untuk PSM Makassar, tapi juga untuk Indonesia," katanya.

Selain KL City dan PSM Makassar, Kumpulan H turut dihuni wakil Singapura, Tampines Rovers yang menyaksika­n setiap pasukan hanya akan beraksi dua perlawanan.

PSM Makassar seterusnya akan berdepan Tampines Rovers, Isnin ini sebelum aksi terakhir kumpulan menemukan KL City dan Tampines Rovers pada 30 Jun ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia