Harian Metro

BAM pasrah penarikan diri

-

Kuala Lumpur: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pasrah dengan keputusan penarikan diri pemain perseorang­an lelaki badminton negara, Lee Zii Jia dari Sukan Komanwel Birmingham, bulan depan.

Berdasarka­n status Zii Jia iaitu sebagai pemain profesiona­l negara, pemain ranking kelima itu berhak membuat keputusann­ya sendiri tanpa campur tangan daripada

BAM berikutan statusKpEe­PmUTaU in tu bukdaib n gZ i dJi i bmawatah ta n g g u n g j awab BAMsem.

Bagaimanap­un BAM menerusi Presidenny­a, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria merangkap Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) memaklumka­n sudahpun mengetahui perkara membabitka­n prospek emas negara itu.

“Saya sudah maklum perkara itu dan ia adalah hasil perbincang­an bersama yang dilakukan oleh bersama Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan Majlis Sukan Negara (MSN) sebelum ini.

“Jadi kita tahu keputusan itu daripada apa yang dimaklumka­n kepada KBS dan MSN,” katanya.

Juara Kejohanan Badminton Asia 2022 dalam video yang dimuat naik malam kelmarin itu mengucapka­n terima kasih kepada KBS termasuk menterinya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, MSN serta BAM dan presidenny­a, Norza atas sokongan mereka yang mahu melihatnya beraksi di Birmingham sebel u m ini.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia