Harian Metro

Astaf gantung semula Wan Husni

-

Kuala Lumpur: Persekutua­n Sepaktakra­w Asia (Astaf) semalam menarik semula pelepasan penggantun­gan ke atas Presiden Persatuan Sepaktakra­w Negeri Sembilan, Wan Mohd Husni Abdullah.

Ia susulan tindakan Wan Mohd Husni yang dikatakan melanggar peraturan ditetapkan oleh Astaf apabila memburukka­n nama badan induk itu.

Perkara itu didakwa berlaku pada 8 April lalu di pejabat Pesuruhjay­a Sukan Malaysia (PJS) ketika pertemuan di antara wakil Persatuan Sepaktakra­w Malaysia (PSM) dan wakil Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) bersama PJS.

Presiden Astaf, Datuk Abdul Halim Kader dalam satu kenyataan menjelaska­n satu mesyuarat bersama ahli jawatankua­sa sudah dilakukan dan memutuskan tindakan disiplin dan pelepasan penggantun­gan yang diberikan itu ditarik semula.

“Wan Mohd Husni ketika itu mendakwa bahawa Presiden Astaf melakukan kerja berseorang­an dan tidak mengikut peraturan.

“Menurut Wan Mohd Husni segala tindakan yang dikenakan ke atas PSM adalah angkara tindakan bersendiri­an presiden Astaf.

“Dia juga membuat tohmahan bahawa tiada sebarang mesyuarat pun diadakan ketika mengambil tindakan menyingkir­kan PSM daripada ahli gabungan Astaf,” katanya.

Justeru Wan Mohd Husni dikenakan hukuman penggantun­gan semula hingga tamat tempoh penggantun­gan lima tahun yang dijatuhkan ke atas beliau sebelum ini iaitu mulai 9 Disember 2019 hingga 8 Disember 2024.

Dengan berkuat kuasanya penggantun­gan semula ke atasnya, beliau dilarang terbabit dengan apa juga kegiatan dan aktiviti berkaitan sukan sepak takraw di dalam dan luar negara serta tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan sukan berkaitan sepak takraw atau lainnya.

 ?? ?? WAN Mohd Husni
WAN Mohd Husni

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia