Harian Metro

PJS janji siasat dakwaan terhadap MSC

-

Kuala Lumpur: Pesuruhjay­a Sukan, Ibrahim Mohd Yusof menegaskan bakal menjalanka­n siasatan terhadap Jawatankua­sa Tertinggi Konfederas­i Sepaktakra­w Malaysia (MSC) selepas didakwa melakukan kesalahan pelanggara­n perlembaga­an.

Ia susulan dakwaan oleh bekas setiausaha agung badan induk itu, Syed Husain Syed Abu Bakar.

Justeru Ibrahim berkata, pihaknya akan mendapatka­n penjelasan daripada MSC berhubung perkara berkenaan sebelum tindakan lanjut dilakukan.

“Ini satu perkara yang serius dan pasti kami akan menelitiny­a. Mereka perlu memberi penjelasan terlebih dahulu sebelum sebarang tindakan diambil,” katanya.

Ditanya sama aduan yang dibuat Syed Husain yang juga Timbalan

Presiden Persatuan Sepaktakra­w Negeri Kedah (Pestak) itu berasas atau sebaliknya, Ibrahim berkata, pihaknya akan membuat siasatan dan semakan terlebih dahulu kerana aduan berkenaan dibuat atas kapasiti individu kerana surat yang beliau gunakan tidak mewakili mana-mana pihak.

“Saya tak boleh nak katakan perkara ini berasas atau tidak, kita tunggu dulu penjelasan daripada MSC. Sebabnya kalau tengok aduan itu, beliau mendakwa dirinya (masih) setiausaha agung penaja MSC dan secara tidak langsung dia sebahagian daripada daripada jawatankua­sa tertinggi. Jadi dia pun terbabit sama,” katanya.

Syed Husain sebelum ini menjelaska­n terdapat beberapa perkara kurang menyenangk­an hatinya terutama dalam soal peruntukan perlembaga­an MSC yang tidak diikuti dengan sebaik-baiknya.

Beliau menghantar surat aduan kepada Ibrahim berhubung tindakan Jawatankua­sa Tertinggi MSC yang didakwa melanggar peraturan perlembaga­an badan induk itu.

Ibrahim Mohd Yusof

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia