Harian Metro

7,150 HAJI CILIK

-

SARJAN Bersara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang juga Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Alam Sekitar Johor, Subhi Saad menanam pokok Puding Keladi mengguna teknik kokedama ketika tinjuan di PPR Sri Stulang, semalam. Proses kokedama memerlukan media tanaman seperti tanah, sekam bakar perlite, baja dan sabut. Kemudian semua media tanaman ini dikepalkan menjadi bebola dengan campuran sedikit air untuk menjadikan­nya mampat. Selepas itu masukkan pokok di dalam kokedama tadi. Bahagian luar dilapisi lumut dan benang yang dibentuk seperti jaring bagi menghalang tanah campuran daripada gugur dan terlepas daripada bebola. Proses ini biasanya mengambil masa 45 minit sehingga satu jam sebelum ia sedia diletakkan di atas piring khas dan dijadikan perhiasan. Kebanyakan pokok yang dipilih adalah jenis tumbuhan yang sesuai ditanam di dalam rumah dan tidak memerlukan banyak cahaya matahari. Menerusi kaedah ini banyak pokok boleh dimasukkan ke dalam kokedama. Tanaman ini dijual pada harga bermula RM20 sehingga RM30 sepokok mengikut saiz.

 ?? ?? SEBAHAGIAN daripada anak-anak Little Caliphs melakukan Tawaf Perdana pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) kelmarin. Seramai 7,150 pelajar enam tahun Little Caliphs dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menyertai program tersebut seperti bermalam di Muzdalifah, Mabit di Mina, Saei, Melontar Jamrah, Tawaf dan Bertahallu­l.
SEBAHAGIAN daripada anak-anak Little Caliphs melakukan Tawaf Perdana pada Program Simulasi Haji Cilik 2022M/1443M di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (Maeps) kelmarin. Seramai 7,150 pelajar enam tahun Little Caliphs dari sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya menyertai program tersebut seperti bermalam di Muzdalifah, Mabit di Mina, Saei, Melontar Jamrah, Tawaf dan Bertahallu­l.
 ?? ?? JURURAWAT memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) kepada kanak-kanak sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Klinik Kesihatan Jalan Angsana, Air Itam. PICKids dibuka selama lima hari sehingga semalam untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lalu bertemakan Perlindung­an Sepanjang Hayat untuk Semua. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD
JURURAWAT memberikan suntikan vaksin Covid-19 jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech) kepada kanak-kanak sempena Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) di Klinik Kesihatan Jalan Angsana, Air Itam. PICKids dibuka selama lima hari sehingga semalam untuk pemberian vaksin kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun, bersempena Minggu Imunisasi Peringkat Kebangsaan 2022 yang disambut pada 16 Jun lalu bertemakan Perlindung­an Sepanjang Hayat untuk Semua. - Gambar NSTP/DANIAL SAAD
 ?? ??
 ?? ?? PROJEK bebas cukai premium outlet Labuan bernilai RM75 juta yang terbengkal­ai kini sedang diteliti oleh Perbadanan Labuan. Projek yang terletak berdekatan Kelab Golf Antarabang­sa Labuan itu adalah projek kerjasama antara Perbadanan Labuan dan BVA Developmen­t Sdn Bhd dan dimulakan pada awal 2018 dan terhenti selepas beberapa bulan.
PROJEK bebas cukai premium outlet Labuan bernilai RM75 juta yang terbengkal­ai kini sedang diteliti oleh Perbadanan Labuan. Projek yang terletak berdekatan Kelab Golf Antarabang­sa Labuan itu adalah projek kerjasama antara Perbadanan Labuan dan BVA Developmen­t Sdn Bhd dan dimulakan pada awal 2018 dan terhenti selepas beberapa bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia