Harian Metro

Sogok RM650 dapat GDL

-

Seremban: Enam lelaki termasuk dua pegawai penguat kuasa sebuah agensi kerajaan ditahan Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terbabit rasuah dengan meluluskan ujian memandu kelas Kenderaan Perdaganga­n (GDL) menerusi institusi memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Difahamkan, semua suspek berusia dari 35 hingga 65 tahun itu ditahan kira- kira jam 5 petang kelmarin di Pejabat SPRM Negeri Sembilan di sini.

Menurut sumber, selain dua pegawai penguat kuasa terbabit, empat suspek lain adalah tenaga pengajar dan pekerja di institusi memandu yang menerima bayaran dari RM300 hingga RM650 bagi permohonan lesen GDL.

“Lima daripada enam suspek lelaki itu kini direman selepas Penolong Kanan Pendaftar Khairunnis­a Kasa membenarka­n permohonan reman oleh pihak SPRM di Mahkamah Khas Reman Seremban, semalam.

“Empat daripada mereka direman selama lima hari, seorang selama tiga hari manakala seorang lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM disebabkan faktor kesihatan,” katanya.

Menurutnya, mereka disyaki meminta dan menerima wang rasuah berjumlah antara RM300 sehingga RM650 daripada pemohon bagi meluluskan setiap ujian lesen memandu kelas GDL melalui tenaga pengajar institut memandu di sekitar Negeri Sembilan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Negeri Sembilan, Awangkok Ahmad Taufik Putra Awg Ismail ketika dihubungi mengesahka­n penahanan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) & Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

 ?? ?? ENAM lelaki termasuk dua penjawat awam yang ditahan SPRM.
ENAM lelaki termasuk dua penjawat awam yang ditahan SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia