Harian Metro

Guna kenderaan mewah tawar sewa haram

-

Putrajaya: Tiga ‘ulat teksi sapu’ menggunaka­n kenderaan mewah ditahan Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur 2 (klia2) di sini, selepas didapati menawarkan khidmat sewa haram.

JPJ Selangor berkata, tangkapan ‘ulat’ itu dibuat hasil intipan dan pemantauan anggotanya di Stesen Penguatkua­sa JPJ KLIA terhadap kegiatan menawarkan khidmat kenderaan sewa tidak berlesen atau secara haram.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengenakan tambang kepada penumpang warga tempatan dan pelancong asing antara RM100 hingga RM200 iaitu bagi perjalanan dari klia2 ke Subang Jaya atau Kuala Lumpur.

Katanya, mana-mana individu yang ditahan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 205(1), Akta Pengangkut­an Awam Darat 2010 (APAD 2010), yang memperuntu­kkan denda tidak melebihi RM50,000.

“Selain denda, individu yang bersalah juga boleh dipenjara selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua - duanya. Sesiapa yang bersubahat melakukan aktiviti itu juga boleh didakwa mengikut Seksyen 243(1), di bawah akta sama,” katanya.

JPJ turut menasihati orang ramai menggunaka­n perkhidmat­an pengangkut­an yang sah sama ada melalui kaunter perkhidmat­an disediakan di KLIA dan klia2 selain membuat tempahan melalui aplikasi e-hailing.

Katanya, penguatkua­saan ini akan dilaksanak­an secara berterusan dari semasa ke semasa dan tindakan tegas akan diambil ke atas pemandu atau pemilik kenderaan yang menawarkan perkhidmat­an kereta sewa tidak berlesen atau secara haram.

Orang ramai boleh menyalurka­n sebarang aduan trafik kepada aduantrafi­k@jpj.gov.my atau platform aplikasi e-aduan@JPJ beserta butiran pengadu dan butiran aduan.

 ?? ?? ANTARA kenderaan mewah yang ditahan di klia2, semalam.
ANTARA kenderaan mewah yang ditahan di klia2, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia