Harian Metro

Pengusaha resort, bot kena denda

-

Mersing: Pengusaha resort dan bot penumpang didenda sebanyak RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi di sini, kelmarin atas pertuduhan beroperasi tanpa keanggotaa­n yang mencukupi sebagaiman­a disyaratka­n oleh Pegawai Pelabuhan.

Pengarah Zon Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata, hukuman terhadap syarikat Winter Snow Sdn Bhd itu dilakukan mengikut Kaedah 12 Peraturan Bot 1953.

Menurutnya, APMM mendakwa pemilik resort dan bot penumpang itu yang terbabit dalam kejadian empat penyelam warga asing hilang pada April lalu.

“Pada 6 April lalu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika membuat latihan menyelam di perairan Tokong Sanggol dan tiga daripadany­a berjaya ditemui manakala seorang penyelam remaja lelaki tidak ditemui.

“Susulan kejadian itu, APMM Mersing membuat siasatan lanjut ke atas pengusaha resort dan bot serta pengendali bagi mengenal pasti punca kemalangan atau kecuaian yang berlaku.

“Hasil siasatan lanjut mendapati pada hari kejadian bot membawa penyelam terbabit tidak dikendalik­an dengan kru yang mencukupi sebagaiman­a yang dikehendak­i oleh Pegawai Pelabuhan mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1952,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Katanya, Maritim Malaysia menasihatk­an dan mengingatk­an kepada semua pengusaha resort dan bot penumpang untuk mematuhi undang-undang dan peraturan ditetapkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia