Harian Metro

Tunjuk MyKad sebelum naik feri

-

Alor Setar: Semua penumpang feri dari Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi perlu mengemukak­an MyKad sebelum dibenarkan menaiki feri bermula 1 Julai ini bagi mengelakka­n menjadi mangsa ulat tiket selain mengelak penyeludup­an pendatang tanpa izin (Pati) masuk secara tidak sah.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd Kapten Baharin Baharom berkata, pihaknya memberi tempoh 1 Julai hingga 31 Julai ini sebagai tempoh mendidik (percubaan) kepada setiap penumpang yang menggunaka­n perkhidmat­an laut itu.

Menurutnya, namun semua penumpang yang tidak berbuat demikian tidak akan dibenarkan menaiki feri bermula 1 Ogos nanti.

“Ini juga untuk mengekang kegiatan penyeludup­an Pati menaiki feri penumpang seperti yang berlaku di Langkawi baru-baru ini dan dengan adanya sistem baru ini, kita dapat mengesan kegiatan itu.

“Kesesakan tidak akan berlaku ketika pemeriksaa­n dilakukan kerana kita cuma nak tengok nombor pengesahan MyKad penumpang saja sebelum mereka dibenarkan menaiki feri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Baharin berkata, penumpang yang membeli tiket melalui kaunter perlu mengimbas MyKad pada mesin yang disediakan manakala pembelian tiket secara dalam talian perlu menunjukka­n tiket yang akan disemak supaya selari dengan nama dan MyKad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia