Harian Metro

‘Gelombang baharu Covid-19 dijangka berlaku lebih awal’

-

Rembau: Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, gelombang baharu jangkitan Covid-19 di negara ini dijangka berlaku lebih awal daripada jangkaan dua hingga tiga bulan akan datang berdasarka­n peningkata­n kes harian.

Khairy bagaimanap­un berkata, negara bersedia menghadapi gelombang baharu Covid-19 dan menegaskan kenyataann­ya bukan untuk menakutkan rakyat, tetapi lebih kepada langkah pencegahan supaya dapat mengawalny­a ketika fasa peralihan ke endemik kini.

“Saya rasa mungkin gelombang itu lebih awal berdasarka­n kepada ramalan yang kita sedang buat. Contohnya hari ini, kes sudah melebihi 2,700 kes, sebelum ini paras kita 1,000 hingga 2,000 kes, tetapi sejak dua tiga hari ini, kes melebihi 2,000.

“Selain itu kes meningkat dengan dua kluster baharu dan semua negeri menunjukka­n peningkata­n kes, kecuali di Selangor, Johor, Kedah, Terengganu dan Wilayah Persekutua­n menunjukka­n sedikit penurunan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan perkhidmat­an Otorinolar­ingologi (ORL) dan Makmal Tidur di Hospital Rembau di sini.

Khairy sekali lagi menyaranka­n warga emas berusia 60 tahun ke atas agar mengambil dos penggalak vaksinasi Covid-19 sebagai persediaan menghadapi gelombang seterusnya.

Media sebelum ini melaporkan Khairy berkata, gelombang baharu diramalkan akan berlaku dalam tempoh dua hingga tiga bulan akan datang.

Kuala Lumpur:

 ?? ?? KHAIRY
KHAIRY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia