Harian Metro

Bilangan jangkitan kes Covid-19 catat peningkata­n

-

Trend peningkata­n kes harian baharu Covid-19 berterusan minggu ini dengan hampir 3,000 kes dilaporkan kelmarin termasuk kes import sebanyak 209 kes.

Untuk rekod, kes harian baharu sebanyak 2,796 yang dilaporkan Kementeria­n Kesihatan Malaysia (KKM) kelmarin adalah yang tertinggi setakat ini untuk bulan Jun 2022.

Secara keseluruha­nnya, sebanyak 13,052 kes harian baharu Covid-19 dilaporkan untuk tempoh enam hari rangkuman 18 Jun hingga 23 Jun 2022 berbanding 11,647 kes untuk tempoh sama, 11 Jun hingga 16 Jun 2022.

Dengan 2,796 kes kelmarin, kes aktif dengan kebolehjan­gkitan Covid-19 meningkat kepada 27,318 kes dan kes kumulatif sebanyak 4,549,847 kes.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengingatk­an kelmarin, Malaysia berpotensi dilanda gelombang baharu Covid-19 lebih awal daripada yang dijangkaka­n berdasarka­n peningkata­n kes dalam negara dan di negara jiran Singapura.

Untuk perbanding­an, Singapura melaporkan sebanyak 7,109 kes (21 Jun), 5,862 kes (22 Jun) dan 6,606 kes (23 Jun).

Sementara itu, Selangor kekal menyumbang kes

harian tertinggi dan kelmarin dengan 930 kes (termasuk 200 kes import) diikuti oleh Kuala Lumpur (843), Pulau Pinang (203), Negeri Sembilan (156), Sabah (137), Perak (123) dan Melaka (109). Selangor juga mencatat kes import tertinggi iaitu pada 21 Jun dengan 100 kes daripada 114 kes yang dilaporkan.

Negeri-negeri lain melaporkan kes harian baharu dua (2) angka iaitu Sarawak (70), Johor (52), Kedah (49), Putrajaya (48), Pahang (30) dan Kelantan (29).

Negeri mencatat kes satu angka adalah Terengganu (8), Perlis (6) dan WP Labuan (3).

Sebanyak 2,503 kes sembuh Covid-19 dilaporkan sehingga pukul 11.59 malam 23 Jun 2022, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,486,787.

Protokol prosedur operasi standard (SOP) Covid-19 dilonggark­an mulai 1 Mei 2022, termasuk pemakaian pelitup muka, penjarakan fizikal dan daftar masuk (check-in) menggunaka­n MySejahter­a.

Malaysia kini berada dalam fasa peralihan ke endemik bermula 1 April 2022 sebagai exit strategy untuk membolehka­n rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan ini, KKM melaporkan dua kluster baharu pendidikan yang dikesan pada 23 Jun 2022 di Selangor.

Kluster Jalan Beringin 2 (Hulu Selangor) setakat 23 Jun melibatkan 57 kes sementara sebanyak 51 kes dikesan bagi Kluster Km 5 Jalan Banting Dengkil (Kuala Langat, Klang, Gombak) setakat 22 Jun lepas.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia