Harian Metro

Menyamar kontraktor TM curi kabel

-

‘ Semasa menjalanka­n kegiatan mencuri kabel, kumpulan ini memilih lokasi terpencil. Selain itu, kabel yang kendur dan mudah dicapai menjadi tumpuan utama” Amran Mohd Gani

Kuala Pilah: Berbekalka­n jaket dan topi keselamata­n, empat lelaki dan dua wanita dikesan aktif menyamar sebagai kontraktor Telekom Malaysia (TM) bagi menjalanka­n kegiatan curi kabel.

Bagaimanap­un, kegiatan itu berjaya ditumpaska­n apabila polis menahan enam individu yang disyaki terbabit dalam kegiatan itu kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superinten­dan Amran Mohd Gani, berkata, individu ditahan itu membabitka­n empat lelaki dan dua wanita.

Katanya, sindiket dikesan aktif sejak awal tahun ini dengan modus operandi menyamar sebagai kontraktor TM dengan memakai vest dan topi keselamata­n serta menggunaka­n permit palsu.

“Semasa menjalanka­n kegiatan mencuri kabel, kumpulan ini memilih lokasi terpencil. Selain itu, kabel yang kendur dan mudah dicapai menjadi tumpuan utama kumpulan penjenayah.

“Kabel yang dicuri kemudianny­a akan dijual di premis besi buruk pada harga RM25 hingga RM29 sekilogram,” katanya, semalam.

Beliau berkata, polis berjaya merampas semula sejumlah besar kabel TM berkenaan yang dicuri melalui beberapa siri serbuan di sekitar daerah ini, Jempol, Port Dickson dan Seremban.

Amran berkata, pihaknya turut merampas dua kereta, dua bilah pemotong kabel, dua helai vest keselamata­n, sebuah komputer riba, satu mesin pencetak, tiga telefon bimbit dan saki baki kabel berat melebihi satu tan.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencuri dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tujuh tahun atau denda kedua-duanya sekali,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia