Harian Metro

‘Banjir kali ini paling teruk’

-

Melaka: “Kami tiada pilihan. Setiap kali banjir berlaku, kami anak beranak akan berkhemah di tepi jalan ini demi keselamata­n dan memantau keadaan rumah,” kata mangsa banjir, Mohd Hairi Ibrahim, 48, dari Kampung Air Hitam A, Tanjung Minyak di sini.

Menurutnya, banjir berlaku pagi kelmarin dianggap paling teruk apabila lima rumah keluargany­a terletak berdekatan satu sama lain ditenggela­mi air sedalam satu meter.

“Dalam kejadian jam 5 pagi kelmarin, air sungai berhampira­n melimpah susulan hujan lebat yang berlaku. Kami sempat mengalihka­n beberapa barangan dalam rumah ke tempat tinggi termasuk dokumen penting.

“Sekitar jam 7 pagi, banjir semakin tinggi melebihi paras pinggang dewasa. Akibatnya seramai 24 ahli keluarga kami terpaksa berpindah,” katanya ketika ditemui, semalam.

Mohd Hairi yang bekerja sebagai pemandu lori memaklumka­n keluarga yang pasrah dengan kejadian banjir yang menimpa mereka hampir saban tahun.

“Habis rosak baju dan peralatan di dalam rumah termasuk perabot baru dibeli susulan kejadian banjir awal tahun lalu,” katanya yang sudah 15 tahun menetap di kampung itu.

Menurutnya, mereka sekeluarga terpaksa berkhemah di tepi jalan sementara menunggu air surut bagi membersihk­an rumah.

Sementara itu, ibu mentuanya, Lena Ngah, 72, tidak dapat menyembuny­ikan rasa sedih dengan tragedi banjir yang dihadapiny­a hampir setiap tahun.

“Banjir kali ini paling teruk, walaupun berkemas awal, banyak peralatan dalam rumah tidak dapat diselamatk­an termasuk peti sejuk yang baru dibeli bulan lalu,” katanya.

 ?? ?? MOHD Hairi (kanan) bersama mentuanya memeriksa peralatan dan barangan di dalam rumah mereka.
AHLI keluarga Mohd Hairi berkhemah di tepi jalan di hadapan rumah mereka.
MOHD Hairi (kanan) bersama mentuanya memeriksa peralatan dan barangan di dalam rumah mereka. AHLI keluarga Mohd Hairi berkhemah di tepi jalan di hadapan rumah mereka.
 ?? ?? MOHD Hairi (kanan) bersama anaknya Muhammad Hariz Hakim, 14, menyelamat­kan haiwan peliharaan­nya selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Air Hitam A, Tanjung Minyak. - Gambar NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD
MOHD Hairi (kanan) bersama anaknya Muhammad Hariz Hakim, 14, menyelamat­kan haiwan peliharaan­nya selepas rumah mereka dinaiki air di Kampung Air Hitam A, Tanjung Minyak. - Gambar NSTP/MEOR RIDUWAN MEOR AHMAD

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia