Harian Metro

MAKIN STABIL

- Oleh Siti Rohana Idris am@hmetro.com.my

“Semalam (kelmarin) dia sudah buka mata tapi masih mamai, hari ini (semalam) semakin stabil dan beri respons cepat bila dipanggil nama,” kata ibu kepada kanak-kanak lelaki berusia 4 tahun yang sebelum ini kritikal kerana kandungan dadah dalam badan.

Wanita berusia 36 tahun itu berkata, anaknya sudah dipindahka­n ke wad biasa Rabu lalu dalam keadaan masih belum sedarkan diri namun keadaannya semakin baik menjelang petang Khamis.

“Hari ini (semalam) dia sudah boleh memberi respon cepat sebaik namanya dipanggil walau kelihatan masih lemah.

“Itu sudah mencukupi bagi saya kerana hampir empat hari keadaannya kritikal dan membimbang­kan kami sekeluarga,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Dia yang menghidap kanser payudara tahap akhir berkata, doktor belum memaklumka­n bila anaknya dibenarkan pulang kerana ingin membuat pemantauan berterusan.

Katanya, dengan keadaan kesihatann­ya dia semakin sukar kerana perlu menguruska­n anaknya seorang diri tanpa bantuan keluarga. “Selera makan saya pun sudah kurang tapi sangat bersyukur kerana dia kanak-kanak yang baik dan tidak meragam. “Alhamdulil­lah, saya berasa sangat lega kerana kami sudah melepasi saat yang mendebarka­n dan anggap ia satu keajaiban,” katanya.

Sebelum ini akhbar melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun kritikal kerana terdapat kandungan methampeth­amine dalam badan. Seorang buruh yang juga saudaranya berusia 30 tahun ditahan reman sehingga 26 Jun ini untuk siasatan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 ?? ?? LAPORAN Harian
Metro pada 23 Jun.
LAPORAN Harian Metro pada 23 Jun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia