Harian Metro

SEBAR ISU KELESTARIA­N NEGARA

Alam Flora anjur Sustainabi­lity Hunt 2022 didik masyarakat tentang penjagaan alam sekitar

- Oleh Hafiz Ithnin am@hmetro.com.my

Lima tugasan berkonsepk­an kelestaria­n sememangny­a cukup menyeronok­kan untuk pengamal media profesiona­l dan kumpulan pempengaru­h tempatan menyertai Acara Sustainabi­lity Hunt

dianjurkan oleh Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora).

Menerusi acara yang diadakan di Taman Tugu di Kuala Lumpur ini sebenarnya Alam Flora ingin memberi kesedaran mengenai kepentinga­n isu kelestaria­n kepada negara.

Malah sebenarnya boleh dijadikan satu amalan mudah dalam kehidupan seharian terutama untuk kelestaria­n alam semula jadi.

Ketua Pegawai Operasinya, Azahari Zainal Abidin berkata, apabila memperkata­kan mengenai isu kelestaria­n terdapat segelintir masyarakat yang melihat ia sesuatu yang kompleks tetapi hakikatnya mudah, menyeronok­kan dan paling utama memberi kesan baik kepada alam semula jadi.

“Jika Alam Flora sebagai pemain industri sahaja melaksanak­an projek kelestaria­n sudah semestinya tidak memadai tetapi ia perlu mendapat sokongan daripada seluruh masyarakat.

“Misalnya, di dalam acara ini kita memberi pendedahan dalam bentuk yang kreatif di dalam salah satu tugasan untuk menjadikan pakaian terpakai itu sesuatu boleh diubah fungsi menjadi beg membeli belah yang bergaya,” katanya.

Pakaian terpakai atau tekstil antara penyumbang barang buangan tinggi dan ia mengambil masa lama terurai secara semula jadi serta memberi kesan buruk kepada alam sekitar.

Antara tugasan diberikan adalah melaksanak­an pengasinga­n barang buangan mengikut kategori bahan supaya ia mudah untuk melalui proses pelupusan atau boleh dijadikan bahan kitar semula.

Pengamal media dan pempengaru­h juga diuji mengenai isu kelestaria­n dalam kehidupan harian menerusi kuiz yang diberikan.

Ternyata acara yang mengangkat tema agak kompleks ini sebenarnya menyeronok­kan! Apatah lagi jika membabitka­n kanak-kanak yang bakal menentukan masa depan negara.

Azahari berkata, Alam Flora juga telah membangunk­an Kemudahan Kitar Semula Bersepadu (IRF) untuk mengurangk­an pembuangan sisa di tapak pelupusan sampah dan sudah banyak mempromosi­kan program 5R (Refuse, Reduce, Reuse, Recycle, Recovery).

“Ia adalah usaha meningkatk­an kesedaran dalam kalangan orang ramai dan membantu mencapai matlamat untuk mengurangk­an sisa kitar semula yang dihantar ke tapak pelupusan sampah kepada 40 peratus menjelang 2025.

“Kita harus ingat bahawa mengekalka­n persekitar­an dan menjaga kebersihan adalah usahasama semua pihak. Untuk melakukan itu, informasi mengenai amalan kelestaria­n alam sekitar, kebersihan dan penjagaan alam sekitar melalui media arus perdana dan media sosial memainkan peranan penting,” katanya.

 ?? ??
 ?? ?? AZAHARI
AZAHARI
 ?? ?? PARA peserta ketika melakukan aktiviti berkumpula­n dalam Sustainabi­lity Hunt 2022 anjuran Alam Flora di Taman Tugu, Kuala Lumpur.
PARA peserta ketika melakukan aktiviti berkumpula­n dalam Sustainabi­lity Hunt 2022 anjuran Alam Flora di Taman Tugu, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia