Harian Metro

Mohon saksi nahas tampil bantu siasatan

-

Ipoh: Polis meminta saksi kejadian kemalangan maut membabitka­n seorang pelajar sekolah yang menunggang motosikal di Jalan Kuala Kangsar di sini pada 22 Jun supaya tampil bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata mangsa, Aris Iskandar Ramli, 17, disahkan meninggal dunia di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini kira-kira 12.30 tengah hari selepas menerima rawatan akibat kemalangan itu.

Beliau berkata seorang lagi pembonceng motosikal itu yang berusia 17 tahun hanya mengalami luka pada kaki, tangan dan bahu.

“Polis menerima maklumat pada 1.15 tengah hari daripada orang awam membabitka­n sebuah motosikal yang dinaiki kedua-dua remaja itu terbabas di laluan berkenaan.

“Hasil siasatan awal yang dijalankan mendapati kedua-dua remaja itu yang dalam perjalanan pulang dari sekolah untuk ke rumah masing-masing telah bergesel dengan sebuah lori yang berada di lorong kiri menyebabka­n Aris Iskandar hilang kawalan dan terjatuh di tepi jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Yahaya berkata pihaknya turut mengenal pasti rakaman litar tertutup di lokasi kejadian serta mengesan pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia