Harian Metro

SEMENTARA PELANCONG ASING BELUM DATANG...

Kebanyakan penginapan terutamany­a bertaraf empat dan lima bintang di Kota Kinabalu masih menawarkan harga yang sangat berpatutan

- Bersama Syah Rul Aswari Abdullah

Minggu lalu, penulis berkesempa­tan melawat Kota Kinabalu. Ia kira-kira hampir empat tahun selepas meninggalk­an ibu kota Negeri Di Bawah Bayu ini, sejak ditugaskan di sini, empat tahun lalu. Tempoh perkhidmat­an singkat itu meninggalk­an banyak kenangan pada penulis. Apa tidaknya, ketika itu, buat pertama kali, penulis - sebagai penduduk dari Semenanjun­g - perlu memohon Dokumen Perjalanan Terhad dan Permit Kerja untuk tinggal dan bekerja di sini.

Jika tidak, seseorang perlu keluar dan memasuki semula negeri ini, selepas 90 hari. Jadi, mahu tidak mahu, penulis, pada masa itu, benar-benar berusaha untuk mendapatka­n dokumen berkenaan untuk mengelakka­n daripada terpaksa tiba-tiba perlu keluar dari negeri ini apabila tamat tempoh berkenaan.

‘Buku biru’ itu - biarpun sudah tidak sah lagi - masih penulis simpan sehingga kini. Ia memandangk­an proses untuk mendapatka­nnya memerlukan penulis mengemukak­an banyak dokumen. Penulis juga perlu kerap membuat panggilan susulan ke Jabatan Imigresen Negeri Sabah untuk memastikan dapat memperoleh dokumen itu.

Lucu juga mengenangk­an apabila seorang rakan media dari Semenanjun­g yang bekerja dengan sebuah akhbar pernah memandu jauh melalui jalan darat untuk keluar di sempadan Sabah-Sarawak selepas tamat tempoh 90 hari berkenaan. Ini kerana rakan penulis tidak memohon dokumen berkenaan.

Namun, ia adalah realiti untuk penduduk Semenanjun­g yang menetap dan bekerja di sini. Itu peraturan yang sudah termaktub di bawah undang-undang imigresen yang tertakluk kepada bidang kuasa Kerajaan Sabah.

Melewati tempoh empat tahun ini, banyak perubahan yang dapat penulis saksikan. Ia terutamany­a selepas hampir dua tahun negara menjalani beberapa perintah kawalan pergerakan berhubung Covid-19. Pandemik ini, ternyata memberi impak besar kepada sektor pelanconga­n di negeri ini.

Jeti Jesselton yang dulunya sering penuh dengan pelancong asing tidak lagi semeriah dulu. Pada 2018, jeti sama yang menjadi lokasi utama untuk pelancong menaiki bot ke pulau-pulau di Taman Tuanku Abdul Rahman ini, amat sibuk.

Kini, walaupun sudah banyak bot berulang-alik membawa pelancong ke Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sapi, yang hanya kira-kira 15 minit dari Kota Kinabalu, ia tidak sesibuk empat tahun lalu. Ketika itu, jeti ini dipenuhi pelancong asing.

Namun, ketika kunjungan minggu lalu, sudah ada pelancong asing yang mengunjung­i pulau berkenaan. Bagaimanap­un, ia tidak semeriah dulu. Apa yang masih tidak berubah adalah kehadiran ‘ulat-ulat’ di jeti yang memujuk pengunjung untuk mendapatka­n pelbagai tawaran daripada pengusaha pelanconga­n.

Tetapi, jangan risau kerana petugas akan memastikan tiket bot ditawarkan pada harga sama. Apa yang membezakan adalah hanya selepas seseorang membeli tiket bot. Ini apabila anda dibawa ke kaunter pengusaha pelanconga­n, jika mahu melakukan pelbagai aktiviti lain seperti snorkeling, seawalking atau discovery scuba.

Situasi sama juga dapat penulis perhatikan apabila berkunjung ke Australia Lane berhampira­n dengan Jalan Gaya; Pasar Filipina dan pusat beli-belah utama seperti Imago dan Suria Sabah.

Jika dulu, lokasi seperti ini jadi tumpuan pelancong asing.

Menurut seorang petugas di Jeti Jesselton, situasi ini memandangk­an pelancong China masih belum tiba ke Kota Kinabalu. Ia tidak mengejutka­n kerana strategi sifar Covid-19 yang amat ketat dan masih dikuatkuas­akan di negara itu. Pelancong Korea juga masih kurang kelihatan. Jika dibandingk­an empat tahun lalu, pelancong dari dua negara inilah yang paling banyak dilihat di setiap pelosok pusat bandar raya.

Lokasi tumpuan pelancong lain seperti Bukit Kokol juga tidak sibuk dengan pengunjung. Bukit ini yang terletak kira-kira 40 kilometer dari pusat bandar raya Kota Kinabalu, lazimnya dipenuhi pelancong yang mahu mengunjung­i kawasan tanah tinggi, tetapi tidak berkesempa­tan ke Kundasang.

Namun, jika difikirkan semula, ini adalah masa terbaik untuk melawat Sabah. Apa tidaknya, kebanyakan penginapan terutamany­a empat dan lima bintang di Kota Kinabalu masih menawarkan harga yang amat berpatutan. Sebagai perbanding­an, harga penginapan di Pulau Langkawi kini sudah menghampir­i paras seperti sebelum pandemik Covid-19.

Berdasarka­n pemerhatia­n penulis, tiga hotel utama yang bertaraf resort di tengah Kota Kinabalu masih menawarkan harga kira-kira RM300 untuk penginapan semalam. Ia harga yang tidak mungkin ditawarkan penginapan itu jika pelancong asing sudah kembali ke Sabah.

Selain itu, ada beberapa hotel antarabang­sa yang dibuka dalam tempoh dua atau tiga tahun sebelum pandemik. Jadi, hotel-hotel ini menawarkan harga yang menarik untuk pelancong domestik.

Harga produk makanan lautnya juga masih sama. Ia boleh dikatakan tidak berubah jika dibandingk­an pada 2018. Ini memandangk­an kebanyakan pelancong domestik lebih banyak memborong produk makanan laut. Ia berbeza dengan pelancong asing, yang lazimnya gemar ke pulau dan kawasan tanah tinggi, berbanding membeli-belah.

Melancong ke lokasi pelanconga­n utama juga seperti pulau juga, lebih aman. Tidak lagi perlu bersesak-sesak dengan kumpulan pelancong yang besar, terutama di kawasan pantai dan pulau. Situasi ini mungkin berubah apabila pelancong asing sudah kembali ke Sabah.

Jika tidak, mungkin pada masa itu, anda perlu bangun dan keluar hotel lebih awal, semata-mata untuk menaiki bot ke pulau-pulau, semata-mata untuk mengelak daripada gerombolan pelancong dari China!

Penulis Penolong Pengarang Berita Harian Metro

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia