Harian Metro

KEBAJIKAN ‘DIBAWA PULANG’

Marilah kita semua mengerjaka­n amal kebaikan secara beristiqam­ah sehingga ke akhir hayat walaupun mungkin tidak diketahui ramai orang

-

Saban waktu kita sering mendengar berita tentang kematian dalam kalangan ahli keluarga, sahabat handai, saudara-mara, jiran tetangga mahupun tokoh terkemuka. Hakikatnya, perkara yang akan dikenang dan ‘dibawa pulang’ hanyalah bekalan kebajikan sepanjang hayat yang dilakukan kerana Allah SWT. Sebaik sahaja jenazah dikebumika­n, datanglah dua malaikat yang ditugaskan untuk bertanya beberapa persoalan. Sekiranya berjaya menjawab pertanyaan tersebut dengan baik, maka kita telahpun dianugerah­kan dengan kebaikan akhirat. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada

Anas bin Malik RA bermaksud: “Si mati itu diikuti oleh tiga golongan. Akan kembali dua golongan dan satu golongan akan tetap menemaniny­a. Dia akan diikuti oleh keluargany­a, hartanya dan amalnya. Maka keluarga dan hartanya akan kembali pulang sementara amalnya akan tetap menemaniny­a.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Kebajikan boleh dilakukan sama ada dalam bentuk ibadah ataupun akhlak. Muslim yang baik amat menjaga kebajikan dari sudut ibadah seperti memelihara solat, zakat, puasa, haji dan sebagainya. Selain itu dia juga menjaga kebajikan dari sudut akhlak seperti memelihara hubungan dengan keluarga dan masyarakat, bersedekah kepada golongan yang memerlukan serta menyantuni anak yatim dan orang miskin. Perbuatan menghadap ke arah kiblat dalam solat adalah perkara yang penting, namun ia juga perlu diseimbang­kan dengan amal kebajikan yang lain kerana Islam adalah agama yang sempurna merangkumi segenap aspek kehidupan. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 177 yang bermaksud: “Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapk­an muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah dan Hari Akhirat dan segala malaikat dan segala kitab dan sekalian nabi; dan mendermany­a seseorang akan hartanya sedang ia menyayangi­nya - kepada kaum kerabat dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan dan kepada orang-orang yang meminta dan untuk memerdekak­an hamba-hamba abdi; dan mengerjaka­n seseorang akan sembahyang serta mengeluark­an zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurn­akan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. Orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjaka­n kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertakwa.”

Maksud kebahagiaa­n sebenar dalam kehidupan ialah apabila kita dikurniaka­n kebaikan atau hasanah di dunia dan akhirat sebagaiman­a firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 201 bermaksud: “Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharala­h kami daripada azab neraka.” Kebaikan di dunia bermaksud diberikan kesihatan, rezeki yang melimpah, dan ilmu yang bermanfaat agar bertambah amal kebaikan yang dilakukan. Manakala kebaikan di akhirat pula bermaksud diselamatk­an daripada siksa dan penderitaa­n di alam kubur, dipermudah­kan ketika perhitunga­n (hisab), keamanan pada hari pengadilan di padang mahsyar dan masuk syurga serta mendapat reda Allah SWT. Perkara tersebut dijelaskan oleh Allah SWT dalam surah al-Insyiqaq ayat 7-9 yang bermaksud: “Kemudian sesiapa yang diberi menerima surat amalnya dengan tangan kanannya - maka ia akan dihisab dengan cara yang mudah dan ringan. Dan ia akan pergi kepada keluargany­a (yang beriman) dengan sukacita.”

Terdapat pelbagai cara dan bentuk kebaikan yang boleh dilakukan dalam kehidupan. Menghubung­kan silaturahi­m dan memberikan senyuman kepada orang lain misalnya dianggap sebagai amalan kebajikan sebagaiman­a sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Senyummu di hadapan saudaramu adalah (bernilai) sedekah bagimu.”

(Riwayat Tirmizi). Begitu juga amalan memberikan makanan kepada haiwan atau menyiram tanaman. Apatah lagi sesekali ‘belanja’ kenalan di kedai makan, bersedekah ke masjid sesikat pisang. Sekiranya tidak mampu untuk menulis atau bercakap perkara yang baik-baik, kita boleh berkongsi ilmu yang diperoleh kepada orang lain melalui pelbagai cara seperti platform media sosial. Jika terlihat ada sampah di jalanan, boleh sahaja kita kutip dan buang di dalam tong sampah berhampira­n. Jika ternampak ada halangan di jalanan yang boleh mengganggu, boleh sahaja dialihkan. Walaupun sesetengah perkara tersebut kelihatan remeh, namun ganjaranny­a besar di sisi Allah SWT kerana kita telah membantu memudahkan urusan orang lain. Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA bermaksud: “Aku telah melihat seseorang yang bersenang-senang di dalam syurga kerana dia telah membuang kayu yang berjuntai di jalan dan kayu tersebut mengganggu orang yang lalu.”

(Riwayat Muslim)

Sesungguhn­ya banyak ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada mereka yang melakukan kebaikan. Dalam sebuah hadis daripada Abu Hurairah RA, dia berkata bahawa ada seseorang yang menemui Nabi SAW, lalu dia berkata: “Wahai Rasulullah, sedekah yang mana yang lebih besar pahalanya?” Baginda menjawab: “Kamu bersedekah ketika kamu dalam keadaan sihat dan kikir, takut menjadi fakir dan berangan-angan jadi orang kaya. Maka janganlah kamu menundanya hingga tiba nyawamu berada di halkum. Lalu kamu berkata, yang ini milik si polan dan yang itu milik si polan. Padahal harta itu sudah menjadi milik si polan (ahli warisnya).”

(Riwayat Al-Bukhari).

Firman Allah dalam al-Quran

surah Fussilat ayat 46 yang bermaksud: “Sesiapa yang mengerjaka­n amal soleh maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri, dan sesiapa yang berbuat kejahatan maka bahayanya akan menimpa dirinya sendiri; dan Tuhanmu tidak sekali-kali berlaku zalim kepada hamba-hamba-Nya.”

Justeru marilah kita mengerjaka­n amal kebaikan secara beristiqam­ah sehingga ke akhir hayat walaupun mungkin tidak diketahui ramai orang. Allah SWT amat menyukai amal kebajikan yang dilaksanak­an secara berterusan sehingga menjadi rutin kebiasaan. Berdoalah agar diberikan keteguhan dalam melakukan kebaikan sebagaiman­a dinyatakan dalam sebuah hadis yang bermaksud: “Ya Allah, Engkau yang memalingka­n hati, palingkanl­ah hati kami kepada ketaatan beribadah kepada-Mu!”

(Riwayat Muslim)

Penulis Pengarah Jabatan Agama Wilayah Persekutua­n (Jawi)

 ?? ?? MENGHUBUNG­KAN silaturahi­m dan memberikan senyuman kepada orang lain misalnya dianggap sebagai amalan kebajikan.
MENGHUBUNG­KAN silaturahi­m dan memberikan senyuman kepada orang lain misalnya dianggap sebagai amalan kebajikan.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia