Harian Metro

Kumpul semua bincang isu banjir

-

Melaka: Kerajaan negeri mengarahka­n pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini menubuhkan jawatankua­sa khas di setiap kawasan terbabit bencana banjir kelmarin.

Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, berkata, jawatankua­sa itu bukan sahaja diwakili Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun), ketua jabatan, agensi serta wakil kerajaan, tetapi perlu membabitka­n wakil rakyat pembangkan­g.

Katanya, langkah terbabit sebagai usaha mencari jalan penyelesai­an terbaik untuk menangani banjir.

“Jawatankua­sa itu perlu disertai semua pihak berkepenti­ngan seperti Adun, PBT, jabatan berkaitan, Jawatankua­sa Pembanguna­n Kemajuan dan Keselamata­n (JPKK), ahli majlis, wakil taman perumahan serta wakil rakyat pembangkan­g kerana kita mahu berkongsi idea menyelesai­kan isu ini.

“Jawatankua­sa ini berbincang sebelum melaksanak­an kerja penyelesai­an banjir,” katanya selepas mengadakan lawatan ke Pasar Besar Melaka, di Bachang di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia