Harian Metro

‘Berhimpun di jalan tak selesai masalah’

-

‘ Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibat­kan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita…tiada yang menang”

Johor Bahru: Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar menegaskan perhimpuna­n jalanan sebagaiman­a dicadangka­n seorang pemimpin DAP, bukan cara bertanggun­gjawab dalam mencari penyelesai­an membina.

Dalam hantaran terbaru di media sosial baginda bertitah, suara atau pandangan daripada pelbagai lapisan masyarakat boleh disampaika­n kepada kerajaan menerusi pelbagai forum lain.

“Tidak cukup peritkah pengajaran daripada demonstras­i yang menjadi detik hitam dalam sejarah negara kita seperti pada 1969, dan tidak lama dahulu, perhimpuna­n Bersih?

“Ia tidak mencapai sebarang matlamat, selain mengakibat­kan kekecohan dan kerosakan. Ini bukan cara negara kita…tiada yang menang. Semuanya rugi dan kita tidak tahu berapa lama kita boleh pulih daripada kesan perhimpuna­n sebegitu.

“Undang-undang negara kita mesti dihormati. Jangan buat kenyataan berbaur hasutan kerana ia tidak membantu, sedangkan ada banyak saluran lebih membina untuk menyuaraka­n pandangan,” titah baginda.

Titah baginda, perhimpuna­n jalanan juga memberi impak negatif kepada ekonomi negara, menakutkan pelabur asing dan merencatka­n permulihan negara daripada pandemik Covid-19.

“Jangan buat perhimpuna­n sebegini. Pertumbuha­n negara kita mesti dipupuk melalui dialog matang, bukan tindakan yang mengancam ketenteram­an awam dan keselamata­n negara,” titahnya.

Baru-baru ini, anggota Jawatankua­sa Tertinggi Pusat DAP Sheikh Umar Bagharib Ali mengeluark­an kenyataan agar rakyat berhimpun beramai-ramai sebagai tanda protes susulan kenaikan kos sara hidup seperti dilaporkan portal berita dalam talian tempatan.

Sultan Ibrahim

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia