Harian Metro

Sikap, pendirian Tajuddin punca digugurkan

-

Kuala Lumpur: Sikap dan pendirian Ahli Parlimen Pasir Salak Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang bercanggah dengan parti antara punca beliau digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno.

Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, mana-mana ahli MKT seharusnya mematuhi ketetapan dan keputusan dibuat berdasarka­n perlembaga­an parti.

“Kita boleh berbeza pendapat dalam perbincang­an atau mesyuarat, tetapi jika sesuatu keputusan itu dibuat ia adalah keputusan parti.

“Kita kena ikut apa diputuskan parti bukan sebaliknya.

“Saya fikir kena tanya beliau sendiri (punca). Apa kenyataan beliau buat, apakah bahan ucapan beliau atau ceramah atau bahan beliau nyatakan dalam mesyuarat tertutup,” katanya selepas Majlis Perasmian BN Youth Job Fair (BNYJF) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam.

Beliau berkata demikian mengulas punca Tajuddin digugurkan daripada MKT Umno.

Mengulas sama, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Ahmad Maslan menyifatka­n, penggugura­n itu membolehka­n Tajuddin memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugas sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia.

“Tugas sebagai ahli MKT apabila hampir pilihan raya umum (PRU) memerlukan sepenuh masa kerana mungkin MKT diminta meneliti banyak perkara dalam biro tertentu. Bagaimana Tajuddin hendak sepenuh masa sebagai duta dan ahli MKT tentu menyukarka­n tugasnya. Jadi, untuk berlaku adil, amanah kepada negara paling utama dan pertama lebih-lebih lagi Indonesia negara jiran sangat penting dan hubungan perlu diakrabkan dan tidak mahu diganggu,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia