Harian Metro

Keputusan STAM 30 Jun

-

Kuala Lumpur: Keputusan peperiksaa­n Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) Tahun 2021 akan dikeluarka­n pada 30 Jun ini.

Kementeria­n Pendidikan dalam satu kenyataan memaklumka­n calon sekolah boleh mendapatka­n keputusan peperiksaa­n dari sekolah masing-masing mulai jam 10 pagi manakala bagi calon persendiri­an, slip keputusan peperiksaa­n akan dihantar melalui pos pada tarikh yang sama.

“Di samping itu, calon sekolah dan persendiri­an juga boleh membuat semakan keputusan melalui kaedah secara dalam talian di pautan myresultst­am.moe.gov.my untuk mendapatka­n slip keputusan peperiksaa­n STAM 2021 mulai jam 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai.

“Selain itu, kaedah secara sistem pesanan ringkas (SMS) untuk mendapatka­n rumusan keputusan peperiksaa­n STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAn­gkaGiliran dan hantar ke 15888 akan diaktifkan mulai jam 10 pagi pada 30 Jun hingga 6 petang pada 6 Julai,” menurut kenyataan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia