Harian Metro

MASA YANG TEPAT

Penganjura­n BNYJF’22 bantu belia termasuk graduan muda dan individu terjejas Covid-19 bangkit semula mencari pekerjaan

- Oleh Mahaizura Abd Malik mahaizura@hmetro.com.my

Penganjura­n BN Youth Job Fair 2022 (BNYJF’22) tepat masanya bagi membantu belia termasuk graduan muda dan individu terjejas Covid-19 bangkit semula mencari pekerjaan.

Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, karnival kerjaya di bawah satu bumbung itu dianjurkan pihaknya bagi membantu mengatasi masalah penganggur­an di negara ini yang direkodkan 669,000 setakat Mac lalu.

“Pemuda BN mengambil inisiatif menganjurk­an program ini bagi menjadi penghubung antara majikan dari kalangan agensi kerajaan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta dan pencari kerja.

“Karnival ini bukan sahaja menawarkan pekerjaan namun peluang kepada anak muda untuk mengetahui apakah bentuk bantuan dan sokongan ditawarkan agensi kerajaan dan swasta dalam konteks pembiayaan untuk mereka yang berminat menjalanka­n perniagaan.

“Kita juga menyediaka­n bengkel latihan, kemahiran dan klinik untuk anak muda menyiapkan resume mereka, bahkan ceramah kerjaya daripada profesiona­l yang mewakili pelbagai industri.

“Karnival kali menyaksika­n majikan menawarkan pekerjaan dalam pelbagai industri, bimbingan kerjaya dan temuduga secara langsung diharapkan dapat membantu dan meningkatk­an peluang kerjaya kepada anak muda di luar sana,” katanya pada Majlis Perasmian BNYJF’22 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur di sini, semalam. Turut hadir, Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sementara itu, pencari kerja, Nurazida Asyiqin Abd Aziz, 24, berkata, dia mengambil cuti hari ini bagi menghadiri karnival berkenaan untuk mencari pekerjaan sesuai.

“Sekarang saya sedang bekerja sebagai kakitangan kontrak di sebuah syarikat, jadi apabila saya mengetahui karnival ini melalui Facebook, saya tertarik pergi kerana mudah semuanya di bawah satu bumbung.

“Saya mahu mencuba nasib bagi mendapatka­n pekerjaan tetap dalam bidang perbankan yang menawarkan tawaran lebih baik dan menjamin masa depan,” katanya.

BNYJF’22 yang dianjurkan Sekretaria­t Ekonomi Pemuda Umno dan Pemuda BN, berlangsun­g tiga hari bermula hari ini menawarkan sekurang-kurangnya 20,000 peluang pekerjaan daripada lebih 300 syarikat dan majikan seluruh negara.

‘ Saya mahu mencuba nasib bagi mendapatka­n pekerjaan tetap dalam bidang perbankan yang menawarkan tawaran lebih baik dan menjamin masa depan”

Nurazida Asyiqin

 ?? ?? AHMAD Zahid (dua dari kanan) bersama Asyraf Wajdi (kiri) melakukan gimik perasmian ketika majlis pembukaan BN Youth Job Fair 2022 yang berlansung dari 24 hingga 26 Jun di Dewan Tun Razak 3 dan 4, WTC Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI
AHMAD Zahid (dua dari kanan) bersama Asyraf Wajdi (kiri) melakukan gimik perasmian ketika majlis pembukaan BN Youth Job Fair 2022 yang berlansung dari 24 hingga 26 Jun di Dewan Tun Razak 3 dan 4, WTC Kuala Lumpur. - Gambar NSTP/MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia