Harian Metro

Lelaki maut atas pokok sakit jantung

-

Gua Musang: Zaharuddin Ramli, 49, yang ditemukan tersangkut di pokok kelapa pada kejadian di Felda Aring 1 di sini, kelmarin disahkan meninggal dunia akibat masalah jantung.

“Bedah siasat dijalankan di Hospital Gua Musang mengesahka­n yang mangsa meninggal dunia akibat saluran jantung tersumbat,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang Superinten­dan Sik Choon Foo.

Menurut beliau, terdahulu, mangsa dipercayai tergelinci­r menyebabka­n badannya tersangkut pada pokok itu ketika memetik buah kelapa.

“Selepas diturunkan, pegawai perubatan melakukan pemeriksaa­n dan mengesahka­n mangsa sudah meninggal dunia.

“Tiada unsur jenayah dalam kejadian ini. Kes diklasifik­asikan sebagai mati mengejut,” katanya.

Jenazah dikebumika­n di Tanah Perkuburan Islam Felda Aring 1.

Harian Metro kelmarin melaporkan seorang lelaki ditemukan tersangkut di pokok kelapa di Felda Aring 1 sebelum pemeriksaa­n mendapati lelaki berkenaan sudah meninggal dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia