Harian Metro

Jas kompaun kilang punca pencemaran

-

Shah Alam: Tindakan kompaun serta-merta diambil Jabatan Alam Sekitar (Jas) Selangor terhadap kilang memproses kelapa sawit di Jalan Rinching Hulu, Semenyih yang dipercayai menjadi punca pencemaran bau Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih, semalam.

Pengarahny­a Nor Aziah Jaafar berkata, kompaun berkenaan dikeluarka­n selepas premis itu gagal memaklumka­n pada Jas mengenai insiden limpahan dalam tempoh enam jam daripada masa kejadian.

“Tindakan kompaun serta-merta sudah diambil mengikut Peraturan 20(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustr­ian) 2009 selepas loji itu terpaksa dihenti tugas.

“Pihak Jas juga sedang melengkapk­an siasatan jika ada unsur kecuaian di pihak kilang dalam tugas penyelengg­araan sistem perparitan kilang hingga menyebabka­n limpahan berlaku,” katanya, semalam.

Beliau berkata, jabatan itu juga mengarahka­n pemilik premis mengambil tindakan pembaikan segera.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia