Harian Metro

Tenggelam ketika cuci kolam pancing

-

‘ Bomba yang menerima panggilan bergegas ke lokasi sebelum menemui mayat mangsa di dalam kolam” Ahmad Nazmi

Jempol: Tindakan seorang lelaki berenang ke tengah kolam pancing bagi melakukan tugas pembersiha­n berakhir tragedi apabila mangsa tenggelam lemas.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa berusia 30-an dilaporkan tenggelam mendadak di kolam pancing terletak di Felda Raja Alias Dua di sini.

Timbalan Penguasa Bomba Negeri Sembilan, Ahmad Nazmi Halil berkata, mangsa ketika itu dipercayai mengambil upah membersihk­an kolam pancing berkenaan bersama seorang lagi rakannya.

Katanya, mangsa dipercayai berenang ke tengah kolam dan mengalami keletihan sebelum lemas.

“Mangsa cuba diselamatk­an rakannya namun gagal.

“Bomba yang menerima panggilan bergegas ke lokasi sebelum menemui mayat mangsa di dalam kolam pada jam 2.42 petang. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

“Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia