Harian Metro

PKD siasat dakwaan budak alami ruam selepas mandi

-

Ipoh: Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Batang Padang menjalanka­n siasatan di sebuah kawasan rekreasi dan perkelahan di Sungkai berhubung dakwaan seorang kanak-kanak lelaki dijangkiti bakteria sehingga mengalami ruam kulit selepas mandi di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankua­sa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamarudin berkata kakitangan PKD itu sudah digerakkan ke lokasi kawasan berkenaan pagi semalam bagi menyiasat punca

“Respons awal PKD mendapati kawasan berkenaan mematuhi segala prosedur kesihatan untuk beroperasi sebelum ini.

“Laporan lengkap akan menyusul selepas PKD selesai melakukan siasatan,” katanya dalam jawapan ringkas menerusi aplikasi WhatsApp kepada Bernama, semalam.

Seorang pengguna Twitter Elle Fara dalam ciapannya sambil memaparkan gambar keadaan kulit kanak-kanak itu menulis: sebenar.

“What we're currently facing. Pray for speedy recovery for Eiman Qasyaf. Doctor said it’s caused by a virus from the hot spring i brought him last week. The virus created a port on his skin to invite bacteria to infest on his skin (Apa yang kami hadapi sekarang. Doakan Eiman Qasyaf cepat sembuh. Doktor kata ia disebabkan virus dari kolam air panas yang saya bawanya pergi minggu lepas. Virus itu membentuk ‘port’ pada kulitnya yang mengundang bakteria menyerang kulitnya).”

 ?? ?? NAJIB hadir di mahkamah untuk perbicaraa­n pindaan laporan akhir audit 1MDB, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN
ARUL
NAJIB hadir di mahkamah untuk perbicaraa­n pindaan laporan akhir audit 1MDB, semalam. - Gambar NSTP/EIZAIRI SHAMSUDIN ARUL

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia