Harian Metro

Klang, Kuala Langat dilanda banjir

-

Shah Alam: Dua kawasan di sekitar Klang dan Kuala Langat, dekat sini, dilanda banjir kilat susulan hujan renyai yang berterusan melebihi dua jam sejak awal pagi semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JPBM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata kawasan yang terlibat adalah Jalan Pengkalan Kampung Nelayan, Telok Gong di Pelabuhan Klang melibatkan lima mangsa dan Jalan Perepat, Telok

Panglima Garang di Kuala Langat melibatkan 64 mangsa.

“Bomba menyelamat­kan kesemua mangsa di kedua-dua kawasan tersebut selepas mendapat panggilan sekitar jam 6 dan 7 pagi semalam.

“Mereka dipindahka­n di kawasan pemindahan sementara dan ada yang tinggal di rumah keluarga.

“Kedua-dua kawasan tersebut dinaiki air setinggi paras lutut akibat limpahan air dari longkang dan sungai berhampira­n kawasan berkenaan. Namun keadaan kini terkawal dan air banjir dalam trend menurun,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Hafisham memaklumka­n sebatang pokok tumbang dan menghempap empat kenderaan di Jalan Samudera, Pulau Indah sekitar 5.24 pagi semalam namun tiada mangsa dilaporkan terbabit dalam kejadian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia