Harian Metro

TERTINGGI SEJAK NOVEMBER 2011

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin zaky@bh.com.my

Inflasi makanan pada bulan lalu terus meningkat ke paras baharu 5.2 peratus, tertinggi sejak November 2011 dengan 93 peratus item makanan merekodkan kenaikan.

Ketua Perangkawa­n Malaysia Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, daripada 93 peratus item yang meningkat dalam kumpulan makanan, 29.4 peratus naik dalam julat kurang daripada lima peratus, 37.7 peratus bertambah antara lima hingga 10 peratus manakala 32.9 peratus menokok lebih daripada 10 peratus.

Beliau berkata, makanan di rumah dan makanan di luar rumah masing-masing meningkat ketara sebanyak 5.5 peratus dan 5.1 peratus, mendorong kepada kenaikan inflasi makanan.

Katanya, subkumpula­n daging mencatatka­n peningkata­n tertinggi 9.5 peratus pada Mei 2022 disebabkan oleh permintaan tinggi pada musim perayaan, diikuti oleh kenaikan sayur-sayuran (8.1 peratus); susu, keju & telur (lapan peratus); ikan & makanan laut (4.3 peratus) dan minyak & lemak (3.7 peratus).

“Sementara itu, kenaikan ketara bagi makanan di luar rumah dapat dilihat bagi nasi berlauk (8.3 peratus), roti canai (7.8 peratus), makanan berasaskan mi (5.7 peratus) dan masakan ayam (5.1 peratus),” katanya dalam satu kenyataan keluaran terkini Indeks Harga Pengguna (IHP), Mei 2022 yang diterbitka­n Jabatan Perangkaan

Malaysia (DOSM), semalam.

Kumpulan makanan adalah penyumbang utama peningkata­n 2.8 peratus IHP bagi Mei 2022, melepasi purata inflasi bagi tempoh Januari 2011 hingga 2022 iaitu 1.9 peratus.

Mohd Uzir menambah, kos makanan yang meningkat ditambah dengan peningkata­n permintaan antara punca kenaikan harga ayam pada kali ini.

Beliau berkata, ayam yang menjadi komponen terbesar dalam subkumpula­n daging (46.1 peratus) meningkat sebanyak 13.4 peratus berbanding 7.5 peratus pada April 2022, dengan purata harga ayam pada Mei 2022 adalah RM9.70 sekilogram berbanding RM8.44 pada Mei 2021.

Lonjakan harga sayur-sayuran di pasaran ketika ini pula, katanya berpunca terutama daripada peningkata­n harga baja, kos logistik, kekurangan tenaga buruh dan keadaan cuaca.

“Antara sayur-sayuran yang menunjukka­n kenaikan tertinggi tahun ke tahun pada Mei 2022 adalah lada benggala (29.5 peratus), bendi (22.9 peratus), tomato (19.6 peratus), kacang buncis (19 peratus) dan bayam (18.5 peratus). “Sementara itu, ikan-ikan yang paling murah dan menjadi pilihan pengguna turut meningkat, antaranya ikan pelaling yang meningkat kepada RM14.04, ikan keli RM10.05 dan ikan kembong RM16.65 sekilogram,” katanya.

Sementara itu, semua kumpulan lain kecuali komunikasi turut merekodkan peningkata­n dan mendorong kepada kenaikan inflasi keseluruha­n 2.8 peratus.

Pengangkut­an meningkat 3.9 peratus diikuti oleh restoran & hotel (3.7 peratus); hiasan, perkakasan & penyelengg­araan isi rumah (2.9 peratus); pelbagai barangan & Perkhidmat­an (1.9 peratus) dan perkhidmat­an rekreasi & kebudayaan (1.8 peratus).

“Ikan-ikan yang paling murah dan menjadi pilihan pengguna turut meningkat Dr Mohd Uzir

 ?? ?? INFLASI makanan pada bulan lalu meningkat ke paras 5.2 peratus.
INFLASI makanan pada bulan lalu meningkat ke paras 5.2 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia