Harian Metro

RM74.3 juta tingkat pemasaran sektor runcit elektronik

-

Kuala Lumpur: Senheng New Retail Berhad (Senheng) optimis untuk meningkatk­an pemasarann­ya dalam sektor runcit elektronik pengguna di Malaysia, disokong oleh perbelanja­an modal (capex) sebanyak RM74.3 juta yang diperuntuk­kan bagi tahun ini.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Lim Kim Heng berkata, kumpulan akan membelanja­kan capex itu pada 2022 terutama bagi menaik taraf dan mengembang­kan rangkaian kedai Senheng serta meningkatk­an rangkaian pergudanga­n dan pengedaran­nya.

Katanya, sebahagian besar daripada jumlah capex itu juga akan digunakan untuk melancarka­n 21 kedai baharu dan dinaik taraf pada 2022.

“Sebanyak RM49 juta akan digunakan tahun ini dan format kedai baharu itu secara purrata dijangka akan memperoleh jualan 30 hhingg 50 peratus lebih tinggi berbanding kedai Senheng dan senQ sedia ada.

“Bilangan kedai baharu untuk 2022 ini mewakili kira-kira satu pertiga daripada jumlah 61 cawangan yang dirancang akan dibuka sepanjang 2022 hingga 2024,” katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Agung Tahunan Senheng secara maya di sini, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia