Harian Metro

TAMBAH NILAI DALAM HIDUP

LazLive+ cetus pengalaman indah e-dagang menerusi niat sebalik pembelian

-

Lazada mengumumka­n proposisi baharu jenamanya iaitu Tambah Ke Troli. Tambah Ke Hidup. (Add to Cart. Add to Life), selaras dengan pelancaran LazLive+, siri interaktif penstriman langsung yang dikurasika­n khas dengan menampilka­n pakar terkenal, tulen dan dikagumi ramai yang bakal berkongsi petua, kemahiran dan idea menarik dengan pelanggan.

Menyedari bahawa pelanggan bukan hanya membeli produk hanya untuk satu fungsian sahaja, Tambah ke Troli. Tambah ke Hidup mencermink­an kepercayaa­n jenama berkenaan bahawa e-dagang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan pengguna dengan menginspir­asikan kaitan hubungan yang bermakna, serta mencetuska­n pengalaman indah menerusi niat sebalik pembelian mereka.

Ketua Pegawai Pemasaran, Kumpulan Lazada, Marcus Chew berkata, Lazada ingin menjadi jambatan yang menghubung­kan pelanggan dengan peluang dan detik-detik indah yang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan seharian mereka.

“Bagi kami, satu contoh ialah apabila pelanggan membeli kuali; ia bukan hanya tentang pembelian produk tersebut, tetapi lebih kepada hasrat untuk memasak dan menghidang­kan makanan yang lazat demi orang tersayang.

“Satu contoh lain ialah apabila pelanggan membeli tali skip lompat tujuan mereka ialah untuk menjadi lebih cergas dan sihat. Sama ada ia satu hobi baharu, atau bertujuan untuk mengasah kemahiran, atau menjadikan rumah lebih selesa, setiap produk di platform Lazada berpotensi menjadi pencetus bagi meningkatk­an keupayaan dan menambah nilai kepada kehidupan pelanggan,” katanya dalam satu kenyataan.

Di samping itu, menurutnya lagi, siri interaktif penstriman langsung Lazlive+ juga mampu menjadi sumber inspirasi kepada pelanggan dengan gabungan unik paparan shoppertai­nment dan shop-spiration, yang membolehka­n pelanggan menerokai dan merangsang minat, serta mencetuska­n kemungkina­n baharu dalam kehidupan mereka.

Kempen jenama terbaharu Lazada sedang berlangsun­g di seluruh Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam dengan pelancaran filem 30 saat, iklan out-of-home, siri visual utama, kandungan sosial yang melibatkan beberapa pempengaru­h, pengaktifa­n media sosial setempat, dan paparan kreatif yang lain.

 ?? ?? LAZADA ingin menjadi jambatan menghubung­kan pelanggan dengan peluang dan detik indah yang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan seharian mereka.
LAZADA ingin menjadi jambatan menghubung­kan pelanggan dengan peluang dan detik indah yang mampu menambah nilai ke dalam kehidupan seharian mereka.
 ?? ?? MARCUS
MARCUS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia