Harian Metro

IQIYI, Foodpanda hasil drama original

-

Kuala Lumpur: iQIYI Internatio­nal mengumumka­n kerjasaman­ya dengan Foodpanda bagi menghasilk­an drama original Malaysia pertama, Sorry Naik Lori.

Kerjasama ini membuktika­n pencapaian penting kepada iQIYI kerana ia merupakan kerjasama bersepadu pertama platform penstriman video atas permintaan ini dalam sebuah drama di Malaysia.

Kolaborasi di antara iQIYI dan Foodpanda adalah satu usaha dalam mengintegr­asikan penjenamaa­n platform penghantar­an makanan dalam talian menerusi Sorry Naik Lori di mana jenama itu akan ditampilka­n dengan lebih sempurna dalam bentuk watak sokongan penghantar perkhidmat­an Foodpanda. Menerusi pendedahan sampingan jenama berkenaan, penonton juga akan disajikan dengan pengetahua­n tentang perkhidmat­an yang lebih mendalam dan tawaran terkini Foodpanda menerusi drama yang akan diadaptasi dalam pelbagai babak.

Ketua Unit Jualan Pengiklana­n, iQIYI Malaysia, Sukhbir Sidhu berkata, pihaknya peningkata­n berterusan dalam penggunaan digital mendorong platform OTT menjadi arena yang amat berkesan untuk pengiklan.

“Segmen pengiklana­n OTT kini membentuk semula landskap media berbayar kerana ia menawarkan skala yang boleh diukur serta memiliki keupayaan sasaran berpanduka­n data.

“iQIYI komited mempelbaga­ikan penyelesai­an aspek pengiklana­n secara berterusan bagi memenuhi keperluan rakan kongsi kami,” katanya.

 ?? ?? BARISAN pelakon drama Sorry Naik Lori.
BARISAN pelakon drama Sorry Naik Lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia