Harian Metro

Guna aplikasi tempahan makanan ‘tempah’ polis

-

Seorang wanita Amerika Syarikat (AS) terselamat daripada menjadi mangsa culik apabila menggunaka­n aplikasi tempahan makanan untuk meminta tolong.

Kejadian dilapor berlaku pada jam 5 pagi Ahad lalu selepas pekerja kafe menerima pesanan ‘sandwich’ dan burger daripada Grubhub bersama ‘permintaan khas’.

Pekerja yang memeriksa pesanan itu sempat melihat mesej ditinggalk­an di bawah seksyen arahan tambahan yakni, “Tolong panggil polis.”

“Dia akan memanggil saya (dan) apabila awak menghantar (makanan) datang bersama, tolong jangan sampai (dia) perasan.” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia