Harian Metro

Nenek 105 tahun raih pingat emas

-

New Delhi: Umur hanya sekadar angka dan itu dibuktikan seorang nenek berusia 105 tahun apabila memenangi pingat emas dalam pertanding­an olahraga di India.

Rambai menjadi manusia tertua kategoriny­a yang memenangi acara larian 100 meter (m) dengan catatan masa 45.4 saat pada Kejohanan Terbuka Master Athletic yang berlangsun­g di Vadodara, Gujarat.

Ia kemenangan berganda buatnya pada Ahad, apabila turut mengunggul­i acara 200m dengan catatan masa satu minit 52.17 saat.

Rambai melebur rekod mendiang, Man Kaur yang ketika berusia 101 tahun pada 2017 hanya mencatat masa 74 saat untuk acara 100m.

Kejayaan Rambai memberi inspirasi kepada golongan muda untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dan aktif bersukan.

Malah, Rambai yang berasal dari perkampung­an Kadma di daerah Charkhi Dadri di Haryana juga masih bertenaga untuk bergerak dan memandu bersama cucunya, Sharmila Sangwan.

Kejayaan dalam olahraga ini bukan pertama untuknya kerana Rambai sudah mengumpul pingat dalam beberapa kejohanan lain di Maharashtr­a, Karnataka dan Kerala.

Dalam kejohanan terbaharu di Vadodara, Rambai menjadi peserta tunggal bagi kategori 85 tahun ke atas.

Kejayaan terbaharun­ya ini menjadikan Rambai lebih bersemanga­t untuk menyertai lebih banyak kejohanan pada masa akan datang.

“Saya sangat gembira. Ia perasaan yang sukar digambarka­n,” katanya yang berhasrat menyertai kejohanan di luar negara.

Mengenai rutin harian untuk mengekalka­n kecergasan, Rambai berkata, dia bagi awal setiap pagi dan joging selain menyelesai­kan semua kerja rumah dan kerja ladang.

Dia yang menyertai larian setahun lalu turut menjaga makan dengan hanya mengambil 250 gram (g) ghee dan 500g dadih selain meminati churma, makanan tradisi India.

Rambai berkata kepada Times of India (TOI), dia sentiasa bersedia untuk menyertai pelbagai pertanding­an namun tiada sesiapa yang memberikan peluang kepadanya.

 ?? ?? RAMBAI
RAMBAI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia