Harian Metro

Tak layan jika panggil tauke restoran mak cik

-

Taipei: “Jangan panggil saya mak cik.”

Itu amaran seorang pemilik restoran di Taiwan kepada pelanggan berusia 18 tahun ke atas yang mahu memasuki premisnya dan memesan makanan.

Wanita itu membuat gegantung khas bagi menyatakan ketegasan terhadap perkara itu dan ia terpampang di hadapan pintu masuk restoranny­a di daerah Zhongli, Taouyuan City.

Seorang pengguna media sosial berkongsi pengalaman­nya memasuki restoran berkenaan pada 20 Jun lalu, yang mana dia tidak dilayan hanya kerana menggunaka­n panggilan mak cik.

Pengguna Facebook atas nama Fuyun Chen berkata, dia mahu memesan makanan sarapan iaitu ayam salai dengan bawang bersama susu sejuk, tetapi pesanannya langsung tidak dilayan.

Menurut laporan Taiwan News, seorang pelanggan restoran itu kemudian menunjukka­n gegantung ‘amaran’ kepada Chen yang menjelaska­n, “Bagi menjamin kualiti makanan, orang berusia 18 tahun ke atas diminta tidak memanggil pemilik dengan panggilan makcik.”

Chen kemudian membuat cubaan kedua dengan menggunaka­n panggilan ‘bos yang cantik’ dan pemilik restoran itu melihatnya dan berkata, “gegantung berkenaan dibuat untuk awak.”

Mengakhiri luahannya, Chen berkata, dia sangat berharap tidak menemui apa-apa yang pelik dalam sarapannya.

Insiden itu menerima pelbagai reaksi warganet yang berdebat mengenai panggilan yang sesuai untuk orang tidak dikenali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia