Harian Metro

BELI HARTANAH GUNA GANDUM

Syarikat pembinaan di China turut terima bawang putih sebagai bayaran pendahulua­n

- Reuters

Terdesak mahu memastikan kediaman terjual dalam pasaran hartanah yang semakin lemah menyebabka­n syarikat pembinaan di China menerima gandum dan bawang putih sebagai bayaran pendahulua­n.

Iklan mengenainy­a tersiar dalam laman Hartanah Tengah China berpusat di Henan yang menyebut, pembeli boleh menggunaka­n hasil tanaman bagi menggantik­an wang tunai.

Bagi setiap kati tanaman berharga dua yuan iaitu anggaran 500 gram, ia dinilaikan hingga 160,000 yuan (RM105,291.08) untuk pendahulua­n seunit kediaman.

Ejen syarikat hartanah itu berkata, promosi dibuat menyasarka­n petani di wilayah terbabit dan berlangsun­g sejak Isnin hingga 10 Julai.

Katanya, pembanguna­n di Henan menawarkan kediaman berharga antara 600,000 yuan (RM394,918.20) ke 900,000 yuan (RM592,377.30).

Akhir bulan lalu, syarikat lain di China Tengah turut menawarkan bawang putih sebagai ganti wang tunai untuk caj pendahulua­n iaitu lima yuan (RM3.29) sekati.

Promosi itu menarik minat 852 pembeli dengan 30 transaksi berlaku membabitka­n 51,600 kilogram bawang putih dalam tempoh 16 hari. Harga pasaran bagi bawang putih dan gandum adalah 1.5 yuan (99 sen) untuk 500 gram.

Pemaju hartanah di China bergelut untuk meningkatk­an jualan selepas urus niaga meruncing pada Januari hingga Mei, berikutan sekatan ketat Covid-19 ditambah kebimbanga­n mengenai penolakan pasaran yang menyasarka­n pertumbuha­n ekonomi hanya 5.5 peratus.

Promosi biasa yang ditawarkan pemaju termasuk tempat letak kenderaan percuma dan pengubahsu­aian selepas pembelian.

Setiap kati tanaman berharga dua yuan iaitu anggaran 500 gram, ia dinilaikan hingga 160,000 yuan

 ?? ?? IKLAN rumah yang menawarkan gandum dan bawang putih sebagai bayaran pendahulua­n.
IKLAN rumah yang menawarkan gandum dan bawang putih sebagai bayaran pendahulua­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia