Harian Metro

Guna jam lawan arah beri keuntungan

-

New Delhi: Ratusan penduduk di sebuah perkampung­an di utara Chhattisga­rh, India sudah lebih 10 tahun menggunaka­n jam yang pusinganny­a berlawanan arah.

Namun, itu tidak menjadi masalah kepada mereka kerana mengikut kepercayaa­n suku Gondi, arah jam yang betul iaitu kiri ke kanan tidak menguntung­kan.

Disebabkan itu sejak 2008, penduduk daerah Koriya itu berpegang kepada jam berlawanan arah.

Bahkan, jam mereka berfungsi dengan baik kerana hanya kedudukan nombor satu hingga 12 diubah.

Keputusan itu mengamalka­n ‘jam lawan arah’ bermula dengan pemerintah­an Gondwana Samaj yang berpegang kepada kepercayaa­n Gondi dan puak itu yang dikaitkan dengan Adivasi Shakti Peeth di daerah Korba percaya bahawa jam mereka adalah yang paling semula jadi kerana mengikut undang-undang alam.

Menurut mereka bumi berputar lawan pusingan jam iaitu kanan ke kiri, begitu juga bulan yang mengelilin­gi bumi.

Jadi masyarakat juga tidak boleh bergerak ke arah yang bertentang­an hukum alam.

Profesor Kolej Kejurutera­an Bilaspur, MS Rawat berkata, menggunaka­n jam berlawanan arah tidak melanggar mana-mana undang-undang fizik.

“Putaran pusingan jam hanya konvensyen yang kita ikut. Seperti memandu di sebelah kiri. Negara yang memandu di bahagian kanan juga mengurus trafik dengan baik,” katanya dilapor Hindustan Times.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia