Harian Metro

WINGS MASIH ‘SOLID’

Muzik, persembaha­n kekal relevan walaupun usia mencecah lebih 50 tahun

- Oleh Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Tiada kata yang terlahir daripada mulut Datuk Awie melainkan ucapan kesyukuran yang tidak henti-henti.

Selepas dua tahun berehat akibat pandemik Covid-19, dia kini ligat semula beraksi di atas pentas baik secara solo mahupun bersama kumpulan Wings.

“Apa yang saya boleh cakap ialah alhamdulil­lah. Seolah-olah Allah ganti kehilangan dua tahun itu. Allah ganti balik kerja

Saya pernah dua kali buat pembedahan apabila kotak suara saya koyak. Itu yang sangat bahaya dan doktor peribadi saya ingatkan kalau boleh jangan jadi yang ketiga

AWIE

yang tertunda, yang tertunggak, tertinggal dan sebagainya.

“Syukur, saya masih berada dalam industri dan masih relevan sehingga sekarang,” katanya.

Bulan depan Wings beraksi di Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), KLCC, pada 14 dan 15 Julai, manakala pada 20 Ogos depan dia sekali lagi berganding­an dengan Erra Fazira seperti sebelum ini menerusi Showcase Awie Romantika di Sabah Internatio­nal Convention Centre (SICC), Kota Kinabalu, Sabah.

Seminggu selepas itu pula, berlangsun­g pula Showcase Wings

One Night Only Live In Kuching membariska­n Syam dan Edrie (gitar), Eddie (bass) serta Black (dram) di Sarawak Chambers, Riverside Majestic Hotel, Kuching pada 27 Ogos depan.

“Kalau dilihat penganjur tak putus-putus panggil Wings buat show di sana sini termasuk Sabah dan Sarawak.

Ini petanda sihat untuk Wings yang mana saya ramalkan dalam 10 ke 15 tahun akan datang kami akan habiskan perjuangan dalam seni.

“Sementara nak habiskan perjuangan ini, kalau boleh kami nak berikan sesuatu yang terbaik. Hari demi hari kami berlatih dan dapat rasakan satu benda,” katanya.

Jelasnya, apabila berlima mereka dapat berasakan ‘solidnya’ muzik, persembaha­n dan nyanyian serta sebagainya.

“Ini yang kita nak jaga supaya Wings terus relevan walaupun di peringkat usia lebih 50 tahun. Saya pernah dua kali buat pembedahan apabila kotak suara saya koyak. Itu yang sangat bahaya dan doktor peribadi saya ingatkan kalau boleh jangan jadi yang ketiga.

“Sekarang kalau ada sedikit pun masalah, saya akan terus jumpa doktor. Itu yang terbaik,” katanya.

Sebagai penyanyi,

Awie perlu berlatih menyanyi setiap hari supaya sentiasa bersedia apabila diminta menyanyi.

“Saya sentiasa bersedia bila-bila masa jika ada konsert besar. Saya tak boleh kompromi dengan latihan. Untuk kekalkan tahap ini, latihan amat penting.

“Jika ada latihan yang cukup, perkara ini tidak mustahil. Allah bagi suara dan kudrat. Jika kudrat kita tak jaga bagaimana suara nak kekal? Perkara ini bersangkut paut dengan latihan jasmani, rohani dan sebagainya. Kalau kita hanya bersandark­an suara, tapi latihan tiada, memang tak boleh,” katanya.

Sudah lama tanpa album, Awie merancang untuk mengeluark­an album terbaharu Wings tahun depan.

“Selepas itu kami rancang nak buat ‘road tour’ dan kemudian berehat,” katanya.

Ditanya kewajaran memilih Erra sekali lagi untuk berganding­an dalam Showcase Awie Romantika, Awie berkata, ia sudah lama dirancang selepas konsert di Shah Alam, namun tertangguh seketika akibat Covid-19.

“Seperti saya beritahu sebelumnya, saya buat konsert ini untuk beritahu kepada umum sebelum kami berdua tiada supaya orang-orang ini yang fitnah kami sempat minta maaf.

“Kami difitnah teruk. Jadi, lebih baik kami buat penyelesai­an di atas pentas bersihkan benda ini supaya orang lihat kami okey dan jangan buat andaian lagi.

“Tuduhan itu sangat melampau dan saya ambil andaian itu untuk buat pembaharua­n pergi ke drama dalam konsert. Kami selesaikan perkara yang baik dan kekal sebagai sahabat selamanya,” katanya yang mengakui fitnah terbabit sudah reda selepas konsert terbabit.

 ?? ?? AWIE dan Edrie ketika sidang media di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
AWIE dan Edrie ketika sidang media di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
 ?? FOTO FATHIL ASRI ??
FOTO FATHIL ASRI
 ?? ?? AWIE dan Erra akan menghiburk­an peminat dalam majlis makan malam eksklusif.
AWIE dan Erra akan menghiburk­an peminat dalam majlis makan malam eksklusif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia