Harian Metro

Siri jelajah impian tertunai

-

CHUU bakal lancar lagu hasil kerjasama dengan B.I daripada Dingo Music.

Sejak pandemik melanda lebih dua tahun lalu, banyak siri konsert jelajah tertunda. Ia menyebabka­n penyanyi mahupun penghibur dari Korea Selatan tidak keruan apatah lagi mereka idamkan untuk bertemu peminat.

Bagi NCT DREAM, hasrat mereka akhirnya tertunai untuk menjayakan siri jelajah kedua apabila bakal beraksi di Gocheok Sky Dome, Seoul bulan depan. Pasti ramai peminat teruja dengan khabar baharu itu.

Konsert dinamakan THE DREAM SHOW 2:

In A DREAM terbabit juga sangat diimpikan kumpulan terbabit. Mereka teruja melakukan persiapan demi menyajikan persembaha­n paling hebat nanti.

Mana tidak, hajat untuk mengadakan persembaha­n terbabit jadi terbantut gara-gara pandemik Covid-19. Sudah memiliki tujuh anggota, sekali gus ia menjadi konsert sulung mereka selepas rombakan anggota dan kemasukan Mark.

Pada konsert itu, mereka bakal beraksi selama tiga malam dari 29 hingga 31 Julai depan. Peminat yang tidak dapat hadir secara langsung boleh mengikuti konsert terbabit secara maya di Naver Beyond LIVE.

NCT DREAM bakal beraksi di Gocheok Sky Dome, Seoul.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia