Harian Metro

BINA KOLAM RENANG IMPIAN

- Oleh Muhamaad Razis Ismail razis@mediaprima.com.my

Cuaca panas dan lembap di Malaysia menyebabka­n ramai gemar melakukan aktiviti berenang.

Bukan sahaja untuk menyejukka­n badan, aktiviti ini membantu mengekalka­n kesihatan fizikal dan mental sambil membolehka­n kita meluangkan masa bersama yang tersayang.

Pemilik rumah di Malaysia jarang membina kolam renang peribadi di pekarangan rumah kerana beranggapa­n kos pembinaan kolam renang di rumah sangat tinggi, ketidakses­uaian tapak pembinaan dan proses penyelengg­araan mungkin sukar untuk dijalankan.

Bagaimanap­un, di negara barat, kolam renang persendiri­an sudah menjadi trend dengan kewujudan teknologi pembinaan kolam yang canggih, peningkata­n kesedaran mengenai kebersihan diri dan sifat mereka yang mementingk­an kualiti hidup.

Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Serantau Waterco, Koo

Zao Cheong berkata, sejak dilanda pandemik Covid-19, warga barat terutamany­a semakin didorong untuk membina kolam renang peribadi di rumah sendiri.

“Menerusi pembinaan kolam dan teknologi sanitasi yang ditambah baik, memiliki kolam peribadi di rumah untuk berenang dengan selamat bukan sesuatu yang sukar untuk dicapai di Malaysia.

“Dengan perancanga­n dan peralatan yang betul, pemilik rumah mampu membina kolam renang impian mereka sambil mengekalka­n bajet,” katanya.

Berikut beberapa perkara yang perlu diambil kira pemilik rumah yang ingin membina kolam renang impian tanpa mengeluark­an perbelanja­an terlalu besar:

1. Tapak pembinaan adalah faktor utama yang akan menentukan kos

Langkah pertama membina kolam renang peribadi adalah dengan menilai keadaan tapak pembinaan untuk menentukan saiz, bentuk dan jenis kolam renang yang sesuai untuk rumah anda.

Anda mungkin perlu menjalanka­n ujian tanah untuk memahami keadaan tanah dan kestabilan untuk menentukan kesesuaian lokasi serta jenis kolam renang. Kawasan rata yang bertanah halus adalah tapak yang ideal untuk pemasangan kolam kerana ia memerlukan kerja asas dan landskap yang minimum. Sebaliknya, tanah cerun yang curam dengan tanah berbatu atau lembut memerlukan landskap tambahan yang menyebabka­n kos lebih tinggi.

2. Tentukan jenis dan saiz kolam renang berdasarka­n keadaan tapak pembinaan

Selepas selesai penilaian dan pemilihan tapak pembinaan, pemilik rumah boleh menentukan jenis dan saiz kolam renang pilihan mereka. Keadaan dan kestabilan tanah akan menentukan lokasi kolam renang sama ada ia perlu berada di dalam atau luar rumah, atas tanah atau dalam tanah.

Secara amnya, kolam dalam tanah adalah lebih mahal berbanding kolam atas tanah kerana banyak masa diperlukan untuk menggali dan mengalih tanah sebelum pembinaan kolam boleh dimulakan. Saiz kolam perlu diambil kira kerana semakin besar kolam, semakin tinggi kos yang dikenakan.

3. Pemilihan bahan dan ciri tambahan

Bahan pembinaan yang digunakan untuk kolam idaman anda juga adalah salah satu perkara utama yang perlu dipertimba­ngkan untuk mengawal bajet sambil mengekalka­n estetika dan untuk memastikan proses penyelengg­araan yang minimum untuk jangka panjang.

Pemilik rumah boleh memilih bahan sesuai untuk pembinaan kolam yang tidak memerlukan penyelengg­araan rumit. Beberapa bahan yang paling popular untuk pembinaan kolam termasuk konkrit dan gentian kaca.

Kolam konkrit adalah pilihan yang paling kuat dan paling tahan lama, tetapi masa yang diperlukan untuk membinanya mungkin lebih lama kerana ia dibina di tapak pembinaan itu sendiri dan kelengkapa­nnya bergantung pada keadaan cuaca.

Sebaliknya, kolam gentian kaca lebih cepat untuk dipasang. Jika anda ingin meningkatk­an estetika atau ciri-ciri tambahan untuk berenang dengan lebih santai, anda boleh memasang lampu kolam renang dan ciri tambahan seperti sistem pemanasan kolam.

4. Sistem penyelengg­araan dan sanitasi

Sistem peredaran dan sanitasi yang berkualiti adalah penting untuk memastikan kolam di dalam atau di luar rumah kekal bersih serta jernih untuk kita berenang dengan selamat. Jenis sistem penapisan dan sanitasi mempengaru­hi kos pemasangan dan penyelengg­araan kolam renang dalam jangka panjang. Pemilik rumah perlu memastikan sistem penapisan air yang dipilih terbukti dan diuji secara menyeluruh sebagai jimat tenaga dan selamat.

 ?? FOTO | IHSAN WATERCO ?? KOLAM renang memberi kemudahan kepada pemilik rumah melakukan aktiviti renang tanpa perlu ke kolam renang awam.
KEADAAN tapak dan kestabilan tanah akan menentukan jenis dan kos kolam renang.
SISTEM penapisan dan sanitasi yang cekap dapat memastikan persekitar­an air yang bersih dan selamat.
FOTO | IHSAN WATERCO KOLAM renang memberi kemudahan kepada pemilik rumah melakukan aktiviti renang tanpa perlu ke kolam renang awam. KEADAAN tapak dan kestabilan tanah akan menentukan jenis dan kos kolam renang. SISTEM penapisan dan sanitasi yang cekap dapat memastikan persekitar­an air yang bersih dan selamat.
 ?? ?? BAHAN dan ciri tambahan akan meningkatk­an suasana kolam renang.
BAHAN dan ciri tambahan akan meningkatk­an suasana kolam renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia