Harian Metro

MAHU BANGKIT CIPTA KEMENANGAN

Syihan harap Negeri Sembilan dapat jinakkan Sri Pahang malam ini

- Oleh Mohd Amin Jalil sukan@hmetro.com.my

Seremban

Memori tewas kepada Johor Darul Ta`zim (JDT) di laman sendiri bulan lalu sudah dilupakan skuad Negeri Sembilan FC (NSFC) yang kini bertekad untuk bangkit mencipta kemenangan apabila melayani kunjungan Sri Pahang FC, dalam aksi Liga Super, malam ini.

Pemain kebangsaan, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed berkata, selepas misi mendapatka­n tiga mata tidak kesampaian dalam tiga aksi sebelum ini, dia dan rakan sepasukan tidak rela berputih mata dan mahu memastikan kemenangan dicapai, dalam pertembung­an di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi itu.

Penjaga gol berusia 26 tahun itu berkata, selain kecundang kepada JDT, skuad Hobin Jang Hobin juga sekadar mencatatka­n keputusan seri tanpa jaringan dalam dua perlawanan terdahulu iaitu menentang Kedah Darul Aman dan Melaka United.

"Keputusan dalam tiga perlawanan lalu jelas tidak begitu memberangs­angkan kerana tidak memihak kepada kami apabila tewas kepada JDT selain seri dengan Kedah serta Melaka yang kedua-duanyadite­mpatlawan.

"Oleh itu, kami bertekad untuk mempamerka­n persembaha­n lebih baik dengan menjelma kemenangan dalam perlawanan menentang Sri Pahang malam esok (ini).

"Saya pasti semua pemain yang dipilih oleh ketua jurulatih akan bekerja keras memberikan persembaha­n terbaik untuk memastikan kemenangan dapat direalisas­ikan," katanya di sini, semalam.

Syihan Hazmi yang setakat ini beraksi cemerlang, juga yakin dengan keupayaan jentera serangan dan tengah pasukan itu dan dengan kehadiran dua pemain import baharu iaitu Gustavo Almeida dan Yashir Pinto, mampu menambah sengat di bahagian masing-masing.

Menurut pemain kelahiran Kelantan itu, ketua jurulatih K Devan juga sudah memaklumka­n bahawa semua pemain import dalam keadaan cergas dan boleh beraksi pada perlawanan menentang Sri Pahang.

"Situasi itu ternyata melegakan dan akan memberikan keyakinan kepada saya dan semua rakan-rakan untuk melaksanak­an tugas dengan baik dan cemerlang kerana kemenangan amat penting untuk pasukan mengekalka­n kedudukan kelompok teratas carta liga," katanya.

Syihan Hazmi juga akui bahawa dia sudah mendapat keyakinan baharu selepas bersama Harimau Malaya bagi menghadapi kempen Kelayakan Piala Asia 2023, baru-baru ini.

"Banyak perkara baik dapat saya pelajari bersama skuad kebangsaan dan fokus sekarang ini untuk terus meningkatk­an lagi prestasi dan memastikan dapat membantu menjulang Negeri Sembilan dalam saingan liga musim ini," katanya yang berjanji akan mempertaha­nkan kubu pasukan itu.

Keputusan dalam tiga perlawanan lalu jelas tidak begitu memberangs­angkan kerana tidak memihak kepada kami apabila tewas kepada JDT selain seri dengan Kedah serta Melaka yang kedua-duanya di tempat lawan”

Syihan Hazmi

 ?? ?? AHMAD Syihan berjanji untuk mempertaha­nkan gawang Negeri Sembilan FC daripada serangan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Paroi, malam ini. Ihsan FB NSFC.
AHMAD Syihan berjanji untuk mempertaha­nkan gawang Negeri Sembilan FC daripada serangan Sri Pahang FC dalam aksi Liga Super di Paroi, malam ini. Ihsan FB NSFC.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia